.

Gadis Sabah Persis Selena Gomez Dilamar Jadi Heroin

SHARE:

SEORANG gadis kelahiran Sabah yang memiliki raut wajah saling tak tumpah seperti bintang antarabangsa terkenal Selena Gomez baru-baru ini...

SEORANG gadis kelahiran Sabah yang memiliki raut wajah saling tak tumpah seperti bintang antarabangsa terkenal Selena Gomez baru-baru ini telah mendapat tawaran berlakon dalam sebuah produksi terkenal tanah air.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Phanthegerow Louiselle Leo Estrop pula terletak pada rupa paras jelitanya yang sangat mirip macam Selena!
Phanegerow atau lebih senang dipanggil Phan ini berkata sejak dia menjadi viral di laman sosial, banyak tawaran kerja yang diterimanya.
Antara offer yang tak putus-putus datang ialah tawaran model iklan komersil dan produk kecantikan dan terkini dia telah disunting untuk menjadi heroin filem!
Filem sulung lakonan gadis berusia 19 tahun itu berjudul Tangisan Akinabalu, arahan pengarah terkenal, Dato Jurey Rosli di bawah terbitan rumah produksi New Line Sdn. Bhd.
Menceritakan lebih lanjut mengenai wataknya dalam filem itu nanti, Phan yang dipetik portal Rojak Daily berkata, “Saya memegang watak heroin bernama Nikki. Watak Nikki dalam filem ini ialah seorang yang berani, perwatakan kasar dan mempunyai semangat mahu menjadi seorang malim gunung.”
“Namun semangatnya untuk menjadi malim gunung ditentang hebat oleh ayahnya yang mendesak Nikki mengambil alih perniagaan ayahnya,” ujar gadis manis kacukan Kadazan-Dusun dan Belanda ini.
Walaupun memiliki rupa paras cantik seperti Selena namun faktor itu bukan menjadi tiket untuknya menempa nama secara ekspres.


Sebaliknya menurut Phan, dia juga perlu menghadiri proses ujibakat sebelum diterima berlakon.
“Pengarah memilih saya berdasarkan kemampuan saya berlakon. Kalau ada rezeki, memang saya nak cuba semua (cabang bidang seni), tidak terhad pada lakonan dan modelling sahaja,” ujarnya yang pernah menjuarai pertandingan Female Icon Sabah 2015. – MYNEWSHUB.CC

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Gadis Sabah Persis Selena Gomez Dilamar Jadi Heroin
Gadis Sabah Persis Selena Gomez Dilamar Jadi Heroin
http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2017/04/pix3-1.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2017/04/gadis-sabah-persis-selena-gomez-dilamar.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2017/04/gadis-sabah-persis-selena-gomez-dilamar.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy