.

Australia Mula Jual Kurma Kepada Negara Arab Pula

SHARE:

CANBERRA – Lazimnya buah kurma dijual oleh negara-negara Arab kerana tumbuhan itu memang berasal dari rantau Asia Barat dan Afrika Utara ...

CANBERRA – Lazimnya buah kurma dijual oleh negara-negara Arab kerana tumbuhan itu memang berasal dari rantau Asia Barat dan Afrika Utara yang cuaca panas berpadang pasir sepanjang tahun.

Namun, sebuah ladang di Alice Springs, Wilayah Utara kira-kira 2,557 kilometer dari ibu kota Australia, Canberra mencipta sejarah apabila mengeksport kurma jenis matang atau disebut khalal ke beberapa negara Timur Tengah.
Menurut stesen tempatan, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), ladang kurma tersebut selama ini hanya setakat menjual produk kurma tuaiannya ke pasaran domestik khasnya di kawasan ramai majoriti penduduk Muslim.
Buat permulaan sebanyak 200 kotak kurma jenis barhi khalal yang biasanya berwarna kuning, telah dihantar ke Qatar dan Lebanon bermula awal tahun ini malahan ia dijangka meningkat menjelang bulan Ramadan depan.
Ben Wall, jurucakap perusahaan kurma Tamara Date Farm Cooperative memberitahu ABC bahawa jenis ini adalah satu-satunya jenis kurma yang biasa dimakan mentah begitu sahaja ketika masih lagi dalam tahap awal khalal.
“Kurma memiliki sekitar lima tahap kematangan, kebanyakan orang makan dalam tahap rutab dan tamar, yang warnanya coklat. Tapi jenis kurma barhi adalah yang boleh dimakan ketika tahap kematangannya khalal,” kata Ben.
Syarikat tersebut menyatakan penghantaran ratusan kotak kurma ke tanah tumpah kelahirannya memang tidak mudah dan ia ibarat menjual ais kepada orang Eskimo yang memang selalu makan ais di kawasan Kutub Utara.
Namun, ketika ini permintaan kurma sedang tinggi kerana rantau Timur Tengah belum lagi mengalami musim puncak tuaian buah matang sekali gus penawaran bekalan agak rendah sedangkan permintaan adalah amat tinggi.
“Di Timur Tengah, kelazatannya adalah ketika kurma itu masih berwarna kuning. Namun disebabkan belum lagi tiba musim penuaiannya, jadi keadaan sekarang sangat istimewa untuk Australia merebut peluang,” kata Ben.
Pokok kurma mula ditanam untuk dijadikan makanan di Asia Barat kira-kira 5,500 tahun Sebelum Masihi dan hari ini Mesir merupakan pengeluar terbesar di dunia untuk produk buah pilihan makanan sunnah Rasulullah SAW itu.
Beliau juga menjelaskan bahawa tekstur rasa kurma yang masih kuning ini sukar digambarkan. Jenis ini sangat popular di Hermannsburg, satu komuniti penduduk asli yang berada sejam perjalanan ke arah barat Alice Springs.
“Ia sangat kaya seperti inti kelapa dan buah pear, ada rasa kering tetapi ketika matang penuh, kandungannya sangat lembab. Ia cukup menyegarkan tubuh badan, luar biasa rasanya di lidah anda sendiri,” terang Ben kepada ABC.
Dari segi sejarah pula, masyarakat pribumi di Hermannsburg sendiri hanya makan jenis kurma tersebut dan tradisi lama itu kemudian diwariskan pula setelah mereka memiliki kebun kurma sendiri selama bertahun-tahun dahulu.
Penduduk tempatan tersebut yang lazim disebut sebagai Aboriginal dan dianggarkan seramai hampir 1,000 orang itu dilaporkan menerima 50 kotak dari Tamara Date Farm Cooperative dan mereka meminta lebih banyak lagi
“Ini adalah kurma pilihan bagi masyarakat asli yang sudah lama dibesarkan dengan kurma di gurun Australia, seperti orang Arab dari Timur Tengah, dan mereka selalu menunggunya sepanjang tahun,” kata Ben lagi.
Beliau seterusnya menambah, ladang kurma yang diuruskan syarikat tersebut memiliki bekalan yang cukup stabil sepanjang tahun ini, namun masalah serangan serangga perosak dan burung telah menjadi isu berbangkit.
“Populasi burung ketika ini sangat agresif. Mereka malah boleh membuka kantung plastik yang melindungi pelepah buah kurma, entah bagaimana ia cekap membolosi masuk ke dalam dan terperangkap di antara kurma,” jelas Ben.
“Selalu memang ada kerugian, setiap tahun kita cuba dapat hasil lebih baik tetapi masih ada kerugian minimum di sebalik kita tidak ingin lihat burung terperangkap dalam kantung,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Australia Mula Jual Kurma Kepada Negara Arab Pula
Australia Mula Jual Kurma Kepada Negara Arab Pula
http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2017/04/kurma.jpg
https://i.ytimg.com/vi/yT3VfIwwIBE/default.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2017/04/australia-mula-jual-kurma-kepada-negara.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2017/04/australia-mula-jual-kurma-kepada-negara.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy