.

Punggung budak 7 tahun dirotan & ditekap dengan cawan, kaca & kuali panas

SHARE:

JOHOR BAHRU - Bukan sahaja dirotan, malah punggungnya seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditekap dengan cawan panas bagi menghilangka...


JOHOR BAHRU - Bukan sahaja dirotan, malah punggungnya seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditekap dengan cawan panas bagi menghilangkan kesan sebatan, lapor Berita Harian

Dalam kejadian petang semalam yang berlaku di sebuah pusat tuisyen di Taman Ungku Tun Aminah itu, perbuatan guru itu yang mendera mangsa terbongkar apabila mangsa melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum meminta bantuan jiran guru terbabit. 

Kakak mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian pergi ke lokasi kejadian sebelum dimaklumkan oleh suami guru terbabit yang adiknya dirotan, selain punggungnya turut ditekap dengan cawan plastik, kaca dan kuali yang direndam dengan air panas, bagi tujuan menghilangkan kesan rotan. 

Difahamkan, mangsa dihantar tinggal bersama guru tuisyennya sejak dua minggu lalu, kononnya dia terlalu nakal dan dihantar ke situ bagi membantunya dalam pelajaran. 

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, sebelum membuat laporan polis jam 10 malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib, mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-Kanak. 

"Setakat ini seorang kakitangan lelaki telah ditahan, manakala usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek dan beberapa lagi guru di pusat tuisyen berkenaan." katanya. 

Sehingga kini, punca sebenar mangsa ditinggalkan bersama guru tuisyen terbabit masih belum dikenal pasti. - The Reporter

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Punggung budak 7 tahun dirotan & ditekap dengan cawan, kaca & kuali panas
Punggung budak 7 tahun dirotan & ditekap dengan cawan, kaca & kuali panas
https://1.bp.blogspot.com/-xVIAUBJ6884/WNm9LFX17pI/AAAAAAAAXIE/Akwn6YeSIaIL1gJL7gz-2R9GQ8X2vf_SwCLcB/s1600/1.png
https://1.bp.blogspot.com/-xVIAUBJ6884/WNm9LFX17pI/AAAAAAAAXIE/Akwn6YeSIaIL1gJL7gz-2R9GQ8X2vf_SwCLcB/s72-c/1.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2017/03/punggung-budak-7-tahun-dirotan-ditekap.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2017/03/punggung-budak-7-tahun-dirotan-ditekap.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy