"Alamak, Aiman kena chickenpox la pulak. Habislah mama nak kena ambik cuti 2 minggu jaga dia. Kerja banyak pulak tu."
Biasanya bila anak kena chickenpox, mak-mak bekerja mulalah menggelabah memikirkan siapa yang hendak menjaga anak. Taska atau pengasuh sudah tentu awal-awal menolak anak yang kena chickenpox terus tinggal di bawah jagaannya kerana bimbang kanak-kanak lain akan terjangkit.
Mungkin ibu-ibu yang anaknya sedang diserang chickenpox atau untuk persediaan sekiranya anak kena chickenpox boleh menggunakan petua perkongsian Ekin Aris dalam facebook beliau. Menurut beliau, chickenpox yang dialami anaknya kering dalam masa lapan hari dan tidak meninggalkan sebarang kesan pada muka dan badannya.
Tetibe rase nak share petua.
Chicken pox cepat kering
Alhamdulillah seronok plak rasenye bile chickenpox firas dah baik, dah bley jalan sane sini mcm biasa. Kalau ikotkan xde la beza sgt bile dia kne chicken pox aritu cuma rasa sayu je tgk biji2 tu byk pastu kne quarantine (mami yg terlebih sayu) Alhamdulillah gak sepanjang firas kne chickenpox aritu dia xmeragam lgsg. Main2 gelak2 mcm xde pape.
Petua:
1)lepas je tau dia kne chickenpox trus bg air kelapa ntuk kuarkan cepat saki baki dlm badan tu, bg semua kuar cepat. 1st day biasa mmg sikit je, 2nd day bru kuar semua
2)beli daun semambu (biasanya ade jual kat kedai india, rm3 tu pon dah byk). Basuh n tumbuk ngan kunyit, tampalkan kat chickenpox tu dlm stgh jam. 1st time buat firas nangis sbb dia takut ade mende ijau2 melekat kat badan, mgkin dia rasa mcm hulk kot. Esok2 nye elok je xtakut dah.
3)lepas 30min tu mandikan dia n sapu calamine lotion.
http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.647205.1490087202!/image/image.jpg
4)time nak tdo tu amik la segenggam daun semambu tu basuh n bubuh dalam kain batik jd lapik tido. Sepanjang firas chickenpox aritu tido nyenyak betul. Klu letak bom kat sebelah pon xbangun.
5)part makan mmg jaga la, yg gatal2 tu mmg elakkan trus.
6) pastu jgn lupe mandi, sbb dia kne sntiasa bersih. Mami xpakaikan sabun, just sapu2 air je pastu lap2 keringkan.
http://www.majalahpama.my/polopoly_fs/1.647208.1490087277!/image/image.jpg
Itu je la petuanya. So far dia nangis sbb chickenpox ni 2x jek, 1st mase tepek daun semambu kali pertama tu, 2nd time mase mami ngn dedi kacau panggil dia zombie n buat2 takut (touching gitu). Seminggu dah kering pastu dah antar g umh pengasuh dah. Ade gak g klinik, doctor bg ubat demam, ubt gatal n calamine lotion. Alhamdulillah. Kat bawah ni mami share gmbr, mane tau klu ade anak ke sedara mara ke kne chickenpox kan, so bley la guna petua ni. Dlu2 mami kene chickenpox mase form6, 2minggu nangis je... Malu jek ngan firas.. Hahahahahaha
Sumber: Facebook Ekin Aris / Majalahpama