.

'Periksa Fizikal Anak² Selepas Balik Dari Taska, Tadika, Pengasuh' - Doktor Dedah Juvenile Rapists Semakin Membimbangkan

SHARE:

Ditulis oleh Dokturah Wawa Baru-baru ini di tengah-tengah kesibukan klinik, ada seorang budak lelaki berumur lingkungan 5 tahun ber...


Ditulis oleh Dokturah Wawa

Baru-baru ini di tengah-tengah kesibukan klinik, ada seorang budak lelaki berumur lingkungan 5 tahun berlari-lari di ruang menunggu. Bukan berlari saja-saja, tetapi berlari sambil mengejar punggung wanita dewasa untuk dicubit atau diramas.

Ibu bapa budak itu hanya tertawa memerhatikan keletah anak mereka. Memandangkan tiada sesiapa yang menghalang budak itu, saya terpaksa bertindak menegur budak itu dan 'sound' ibu bapanya. 

"Adik, adik lelaki tau. Tak boleh pegang-pegang punggung orang perempuan macam tu," tegas saya. 

Dan panjang lebar juga saya beri parenting education kepada ibu bapa budak berkenaan. 

Kenapa saya marah? 

Selain kes pedophilia dan sumbang mahram, juvenile rapists adalah satu lagi bala yang wujud di Malaysia. Mudah kata, Juvenile Rapists adalah perogol yang berumur bawah 18 tahun. 

Main Kahwin-Kahwin

Lebih kurang dua tahun lalu, ketika saya dimasukkan ke wad (sewaktu mengandung), saya sempat bersembang dengan seorang pesakit yang juga bekerja sebagai guru tadika. 

"Doktor, kalau hantar anak pergi taska, tadika atau pengasuh, balik rumah kena periksa fizikal anak-anak. Budak-budak zaman sekarang lain sikit," katanya membuatkan saya berdebar. Apalah yang dia mahu ceritakan ini. 

Dia pun menceritakan pengalamannya menjaga budak di tadika. Ada dua beradik perempuan ini, seorang berumur 6 tahun dan adiknya berumur 4 tahun. Satu hari, cikgu tadika ternampak dua beradik bersama seorang lagi budak lelaki berumur 6 tahun bermain di bawah meja makan. Si kakak suruh budak lelaki tadi buka seluar dan duduk di atas adiknya.

"Eh? Buat apa ni?!" terkejut si cikgu melihat kejadian itu. 

"Kitorang main kahwin-kahwin," si kakak menjawab tanpa rasa takut atau bersalah. 

Dengan tenang, cikgu itu duduk bersembang dan bertanyakan lebih lanjut pada si kakak. 

"Kakak, hari ini teacher hantar balik ye. Nanti kakak cerita mana kakak belajar main kahwin-kahwin," katanya. 

Petang itu, si kakak bercerita yang dia seringkali diajak bermain 'kahwin-kahwin' dengan jiran lelaki berusia 12 tahun. Si kakak pun menunjukkan kawasan semak di tempat dia bermain. Dia juga menceritakan secara terperinci setiap 'langkah-langkah' yang menjengkelkan dalam permainan itu. Saya tak mahu cerita dengan lanjut. 

"Selepas main, kakak selalu dapat aiskrim. Tetapi abang A tak bagi kakak beritahu mak sebab takut mak marah," katanya. 

Hal itu dimaklumkan kepada ibu dua beradik itu, malangnya tiada tindakan yang diambil. 

Sudah ramai Juvenile Rapists di Malaysia terutama sekali pelajar sekolah menengah. Tak sempat untuk saya ceritakan kesemuanya. 

Cuma, hal ini tidak mendapat liputan. Juvenile Rapist yang paling muda saya pernah encounter berumur 6 tahun (budak tadika). Kebanyakan yang lain pelajar sekolah menengah. 

Sepanjang saya bekerja di Mesir dulu, tidak pernah saya jumpa perkara seperti ini. Mungkin sebab budak-budak di sana disibukkan dengan hafazan Al-Quran dan mereka tidak terlalu terdedah dengan gajet. 

Zaman sudah berubah, anak-anak kita sedang berisiko terdedah dengan perkara-perkara ganas dan lucah di media-media. Ibu bapa perlu mengawal apa yang ditonton, dimain dan pergaulan anak-anak. 

Anak perempuan perlu diajar sifat malu, manakala anak lelaki perlu diajar melindungi dan menghormati perempuan. 

Jadilah teman paling rapat dengan anak-anak. Temankan mereka bermain, bercerita, bermanja. Maaf sekiranya post ini mengganggu mood hujung minggu anda. Sekian. - Dokturah Wawa | PIXEL MEDIA

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: 'Periksa Fizikal Anak² Selepas Balik Dari Taska, Tadika, Pengasuh' - Doktor Dedah Juvenile Rapists Semakin Membimbangkan
'Periksa Fizikal Anak² Selepas Balik Dari Taska, Tadika, Pengasuh' - Doktor Dedah Juvenile Rapists Semakin Membimbangkan
https://1.bp.blogspot.com/-hsMoknalS1Q/V8KOoSRhVVI/AAAAAAAAMbA/eXp4Tx4aHtcOjSVTHfHEf1fzUX2j68upgCLcB/s1600/1.png
https://1.bp.blogspot.com/-hsMoknalS1Q/V8KOoSRhVVI/AAAAAAAAMbA/eXp4Tx4aHtcOjSVTHfHEf1fzUX2j68upgCLcB/s72-c/1.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/08/periksa-fizikal-anak-selepas-balik-dari.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/08/periksa-fizikal-anak-selepas-balik-dari.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy