.

Lelaki Yang Kerap Tonton Video Lucah Antara Punca Mati Pucuk Di Malaysia

SHARE:

Ramai rakyat negara ini yang tidak sedar bahawa terlalu kerap menonton video lucah atau bahan pornografi boleh menyumbang kepada masalah dis...

Ramai rakyat negara ini yang tidak sedar bahawa terlalu kerap menonton video lucah atau bahan pornografi boleh menyumbang kepada masalah disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk.

Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi berkata kajian mendapati terdapat peningkatan dalam jumlah lelaki Malaysia yang tidak dapat melakukan hubungan intim dengan pasangan mereka akibat kerap menonton bahan lucah.


“Mereka yang menonton pornografi ini pada kebiasaannya akan terangsang sehingga satu tahap dan kemudian akan hilang rasa sensasi sehingga akhirnya akan mengalami kelesuan seksual.

Dr Mohd Ismail berkata terdapat banyak salah faham berkenaan bahan pornografi terutamanya di kalangan mereka yang tinggal di luar bandar.

“Ada pesakit saya dari Terengganu dan Kelantan yang memberitahu saya bahawa mereka menonton pornografi sebagai satu cara untuk mengubati masalah mati pucuk mereka.

"Mereka ini akhirnya sedar pornografi itulah yang mengakibatkan masalah mereka lebih buruk,” katanya.

Turut membimbangkan, ialah peningkatan dalam angka orang muda dan mereka yang berusia pertengahan umur yang mengalami masalah mati pucuk yang dikaitkan dengan tabiat menonton atau membaca bahan pornografi.

Portal video Lucah pada tahun 2014 melaporkan, rakyat Malaysia merupakan mereka yang paling banyak menonton pornografi di laman itu.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

Sementara itu, majalah TIME awal tahun ini melaporkan bahawa 46 peratus kaum lelaki dan 16 peratus wanita mempunyai kecenderungan menonton bahan pornografi dalam seminggu.

Majalah itu turut melaporkan bahawa 5 peratus lelaki mengalami masalah mati pucuk pada usia 40 tahun pada tahun 1992. Angka itu meningkat ke 26 peratus pada tahun 2013.

Satu kajian di Switzerland pula melaporkan pada tahun 2012, satu pertiga lelaki berusia 18 hingga 25 tahunmengalami masalah mati pucuk.

Selain daripada masalah kesihatan yang lain, pornografi turut dikatakan antara penyebab masalah mati pucuk.

Tinjauan di media sosial Selasa lalu mendapati 83 peratus responden bersetuju untuk mendapatkan bantuan profesional sekiranya berhadapan dengan masalah erectile dysfunction (ED) atau mati pucuk.

Lebih 1,700 undian diterima menerusi undian yang dijalankan di akaun Twitter rasmi Astro AWANI, @501Awani.

Pengguna Facebook turut berkongsi pandangan di laman Facebook rasmi Astro AWANI.

Rata-rata netizen bersetuju bahawa lelaki perlu berterus-terang sekiranya berhadapan dengan masalah tersebut.

Seorang pengguna, Rozeta Japly misalnya menegaskan tidak ada apa-apa yang perlu dimalukan kerana pihak hospital misalnya menjaga kerahsiaan pesakit.- Astro AWANI

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Lelaki Yang Kerap Tonton Video Lucah Antara Punca Mati Pucuk Di Malaysia
Lelaki Yang Kerap Tonton Video Lucah Antara Punca Mati Pucuk Di Malaysia
https://4.bp.blogspot.com/-EAm363pUmBk/V68NrMnywqI/AAAAAAAAVAI/i9ts0yVKFdIBM8rP5zYg-lbwbuVdCHLBACLcB/s640/Wartawan%2BJalanan.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-EAm363pUmBk/V68NrMnywqI/AAAAAAAAVAI/i9ts0yVKFdIBM8rP5zYg-lbwbuVdCHLBACLcB/s72-c/Wartawan%2BJalanan.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/08/lelaki-yang-kerap-tonton-video-lucah.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/08/lelaki-yang-kerap-tonton-video-lucah.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy