.

Isteri Dalam Pantang Di Tendang Suami Hingga Pengsan

SHARE:

“ Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suy...


“ Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.

Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain. Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.

“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan. Sumber :  myMetro

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Isteri Dalam Pantang Di Tendang Suami Hingga Pengsan
Isteri Dalam Pantang Di Tendang Suami Hingga Pengsan
https://3.bp.blogspot.com/-NSVaAta-uzU/V6qsN_U3jiI/AAAAAAAAU_U/TeR9WyZriDoq1v0EpQlrQOhGmzowS1hDQCLcB/s640/d.png
https://3.bp.blogspot.com/-NSVaAta-uzU/V6qsN_U3jiI/AAAAAAAAU_U/TeR9WyZriDoq1v0EpQlrQOhGmzowS1hDQCLcB/s72-c/d.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/08/isteri-dalam-pantang-di-tendang-suami.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/08/isteri-dalam-pantang-di-tendang-suami.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy