.

Inilah Orang yang Mencungkil Bakat Chong Wei

SHARE:

Semalam, ketika Datuk Lee Chong Wei ditemubual oleh wartawan Astro Awani, terdengar beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada '...


Semalam, ketika Datuk Lee Chong Wei ditemubual oleh wartawan Astro Awani, terdengar beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada 'sifunya', Misbun Sidek. Terlintas di fikiran, jika Misbun Sidek masih menjadi jurulatihnya sehingga kini, mungkin keputusan final semalam Malaysia mendapat emas sulungnya. Tetapi itu hanya sekadar mungkin.

Pagi ini, bila terbaca comment-comment netizen, tertarik dengan satu info perkongsian dari laman Retro Bola Sepak. Perkongsian yang menceritakan tentang bagaimana Misbun Sidek melatih dan mendidik Lee Chong Wei sehingga menjadi pemain nombor satu dunia.

Misbun Sidek, orang inilah yang mencungkil bakat Lee Chong Wei. Dia melatih dan mendidik Lee Chong Wei sehingga berjaya menjadi pemain badminton nombor satu dunia. 

Sekitar tahun 1999, pada usia 17 tahun, Lee Chong Wei terpilih menyertai latihan pusat skuad badminton negara. Misbun Sidek antara tenaga jurulatih skuad negara pada ketika itu. Misbun melontarkan persoalan kepada anak muda yang berasal dari Perak itu,

"Apa yang kamu impikan apabila bergelar pemain kebangsaan dan berpeluang mewakili Malaysia?"

"Saya mahu cari duit," kata Chong Wei.

"Apa lagi yang kamu nak gapai?" soal Misbun lagi.

"Saya nak dapatkan duit banyak-banyak untuk beli kereta," jawab Chong Wei. 

Misbun sedikit pun tidak terkejut dengan jawapan yang diberikan Lee Chong Wei kerana itulah jawapan lazim oleh mana-mana remaja sekali pun. 

Legenda badminton negara era 80'an itu kemudian bertanya sekali lagi dan meminta Chong Wei memberi satu sebab apa yang beliau mahu capai setelah dapat mewakili negara. 

"Saya mahu menjadi pemain badminton terbaik di dunia," katanya.

Misbun memberi nasihat kepada Chong, bahawa untuk berjaya dan menjadi yang terbaik, beliau perlu korbankan masa mudanya dan mempertaruhkan komitmen yang tinggi. Selebihnya seperti rejim latihan biar Misbun selaku jurulatih yang akan jaga.

Pernah juga disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid menyebabkan Chong Wei menangis kepenatan. Lebih tujuh tahun Misbun membimbing Chong Wei dan dalam tempoh itu juga Misbun menggilap dan membentuk Chong Wei. 

Sebab itu, usai tamat final Sukan Olimpik 2012 yang lalu, meskipun beliau tewas kepada Lin Dan dan hanya sekadar meraih pingat perak, Misbun adalah antara orang pertama yang Chong Wei hubungi.

Lee Chong Wei sekarang adalah apa yang Misbun gilap dahulu. Bintang gilap bintang, menjadi terang biarpun siang. - PIXEL MEDIA

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Inilah Orang yang Mencungkil Bakat Chong Wei
Inilah Orang yang Mencungkil Bakat Chong Wei
https://3.bp.blogspot.com/-P5rQICFrGCQ/V7kp0mQlJ-I/AAAAAAAAMGc/etMOazEvES8gh6_I8WRIpXXTK8jwAIQQQCLcB/s1600/1.png
https://3.bp.blogspot.com/-P5rQICFrGCQ/V7kp0mQlJ-I/AAAAAAAAMGc/etMOazEvES8gh6_I8WRIpXXTK8jwAIQQQCLcB/s72-c/1.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/08/inilah-orang-yang-mencungkil-bakat.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/08/inilah-orang-yang-mencungkil-bakat.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy