.

'Tiada Sesiapa Pun Yang Datang Baca Selawat & Tiup Ubun² Anak Saya'

SHARE:

31 Mei yang lalu, kami kongsikan kisah seorang wanita berjaya menenangkan anak kecil pasangan 'orang puteh' yang viral di media s...


31 Mei yang lalu, kami kongsikan kisah seorang wanita berjaya menenangkan anak kecil pasangan 'orang puteh' yang viral di media sosial. Bagaimanapun, pasangan terbabit tampil menafikan dakwaan wanita itu. Mereka sebaliknya adalah warganegara Malaysia berbangsa Melayu, beragama Islam.

Pasangan itu juga mendakwa, wanita terbabit sengaja mereka-reka cerita untuk meraih perhatian dari netizen.

"Saya ibu kepada budak lelaki yang menjerit itu. Kami bukan mat salleh. Islam, Malaysian. Just a typical case of a nervous baby on flight. Tak ada sesiapa pun yang datang baca-baca selawat pada anak lelaki saya. So, you should put a disclaimer tahat your article is fictional. Whatever niat you buat ini, just know that this is on you. Such a shame, gunakan agama untuk meraih fame," komen Haiza Razali di Facebook Kak Hassanah semalam.

Menjelaskan lanjut di laman Facebooknya, Haiza dan suaminya menafikan sekeras-keras dakwaan Hassanah, lengkap dengan bukti dari pengakuan seorang pramugari yang turut berada dalam pesawat itu pada malam kejadian.

"Ada individu yang telah mengambil kesempatan dari insiden yang berlaku pada kami sekeluarga untuk meraih perhatian, likes di media sosial. Saya tidak boleh berdiam diri, lebih-lebih lagi ia melibatkan agama.


"Apa sebenarnya yang berlaku ialah, anak kami, Dean Al Haq, menangis untuk jangka masa 20-30 minit apabila pesawat yang kami naiki berlepas sejurus saja lampu dalam pesawat dipadamkan. Suami saya, Zaril Abu Zainal, cuba menenangkannya dengan membawanya berjalan di sekitar pesawat meskipun lampu tali pinggang keselamatan masih dinyalakan.

"Malah suami juga membawanya ke tandas, cuba mengalih perhatiannya dengan bermain air, dispenser sabun, akhirnya dia mulai tenang sedikit. Anak saya kembali normal dan tenang di sepanjang penerbangan selepas insiden itu.

"Untuk pengetahuan semua, tiada sesiapa pun yang datang baca-baca pada Dean atau didukung oleh sesiapa sampai Dean tertidur. Yang saya perasan, ada segelintir yang memberikan senyuman sinis. Pasangan muda yang duduk di depan kami lagilah jelas sekali menunjukkan rasa tidak selesa mereka pada kami. Mereka geleng kepala, tekap telinga dengan tangan kerana tidak tahan dengan bunyi tangisan anak kami.


"Jadi, di kesempatan ini saya ingin memohon maaf juga kepada semua penumpang yang menaiki pesawat AK8715 pada malam kejadian itu. Bagi pihak anak saya, Dean Al-Haq, saya memohon maaf kerana menyebabkan para penumpang berasa kurang selesa selama 30 minit di awal penerbangan.

"Berbalik kepada cerita yang ditulis oleh Kak Hassanah yang mendakwa dia membaca selawat berulang kali sehingga Dean tenang dan tertidur adalah fiksyen semata-mata.

"Saya berharap anda semua tidak semudah itu percaya pada cerita yang ditulis atau dikongsikan yang hanya untuk kepentingan diri mereka.

"Kesimpulannya, marilah kita beramai-ramai berselawat dan berdoa agar dunia kita lebih selamat di mana kita sebenarnya membantu antara satu sama lain, bukannya hanya menulis mengenainya. Take note Kak Hassanah," katanya.


Bagaimanapun, Kak Hassanah menafikan dakwaan Haiza Razali dan menjelaskan bahawa budak lelaki yang didukungnya pada malam kejadian itu adalah budak yang mempunyai mata berwarna biru.

Pramugari Air Asia pesawat AK8715 yang bertugas pada malam kejadian pula tampil menafikan dakwaan Kak Hassanah, sekali gus membuktikan bahawa cerita yang ditulisnya adalah tidak benar.



Ekoran itu, ramai yang mengkritik tindakan penulis terbabit membuat cerita yang tidak benar. Sehingga ada yang memberikan cadangan kepadanya ada dipenghujung artikel ditambah dengan ayat:

"Tiba-tiba kapal terbang bergegar dan saya terbangun. Rupa-rupanya mimpi sahaja - Pixelmedia

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: 'Tiada Sesiapa Pun Yang Datang Baca Selawat & Tiup Ubun² Anak Saya'
'Tiada Sesiapa Pun Yang Datang Baca Selawat & Tiup Ubun² Anak Saya'
https://3.bp.blogspot.com/-_ZZ-UgLqg0I/V1D_EUsrLdI/AAAAAAAAT3Y/XU_EdTNrDe83adOp40MHoeI380hPV-XwgCLcB/s640/2.png
https://3.bp.blogspot.com/-_ZZ-UgLqg0I/V1D_EUsrLdI/AAAAAAAAT3Y/XU_EdTNrDe83adOp40MHoeI380hPV-XwgCLcB/s72-c/2.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/06/tiada-sesiapa-pun-yang-datang-baca.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/06/tiada-sesiapa-pun-yang-datang-baca.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy