.

Tegas Dengan Anak Semenjak Bayi, Ibu Muda Ini Guna Kaedah ‘Psikologi’ Didik Anak

SHARE:

Memang tak mudah untuk mendidik anak, tambah-tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan i...


Memang tak mudah untuk mendidik anak, tambah-tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibubapa mudah hilang kesabaran dan naik ‘hantu’.

Tak elok juga jika sering marah dan memukul anak kerana perkara itu boleh menjejaskan perkembangan emosi mereka. Apa kata ibubapa diluar sana ikut kaedah ‘psikologi’ yang dilakukan oleh ibu muda ini, jadi tegas dengan anak semenjak bayi supaya mereka membesar untuk faham.


Jadi tegas mula dari baby, biar mereka membesar untuk faham

Sekadar gambar hiasan
Parents, grandparents, and guidance, be firm. Tegas ya bukan garang.

DAH BESAR TAK BOLEH PULAK.?
Personally saya rasa tak adil sangat pada budak-budak yang masa kecil mak ayah manjakan, bagi dan benar saje apa yang mereka nak dan buat. Bila dah besar sikit, baru nak mula larang.

Budak tu dah terbiasa permintaan dilayan, bila tak dapat mereka akan mengamuk meragam. Masa ni mak ayah akan mula cakap “Degil lah, kenapa tak faham, tak dengar cakap” etc. Masa ni baru nak mula tegas. Bila anak tak dengar mereka akan marah-marah dan tengking dan pukul.

MULA DARI BABY HAAA…
Tegas masa ni biasanya akan bertukar jadi garang. Sebab mak ayah rasa anak dah besar dan patut faham. Sebenarnya memang mereka tak faham, mereka tak faham kenapa masa awal-awal boleh tapi sekarang tak boleh.? Atau, kenapa mulanya cakap tak boleh, tapi bila anak-anak buat perangai, dibolehkan pula. Kalau tak elok atau bahaya, patutnya parents mereka dari awal takkan layan permintaan mereka tu. Be firm.

Mula tegas dari awal. Masa mereka masih kecil betul. Biar mereka membesar untuk faham ada benda boleh ada benda tak boleh. Budak ni cerdik dan suci. Mereka cepat belajar dan faham jika dari awal kita dah ‘sekolah’kan mereka haha..

OMMA NI MEMANG TEGAS
Family saya tahu sangat saya jenis yang tegas, anak-anak buah semua saya ‘sekolah’kan, selalu kena bebel. Adik beradik dan mama papa pun saya selalu ‘sekolah’kan, ampunnn haha.. Sekarang dengan Maream, anak sendiri, lagilah tegas.

“Maream, ?? means ?? (no means no)”, ni ayat kegemaran saya haha.. Maream walaupun baru setahun lebih dari awal saya dah sekolahkan. Pukul.? Tak pernah. Tinggi suara.? Kadaaaang kadaaangg haha bila saya penat dan dia cranky sangat. Bebel? Ni selalu. Saya akan bebel pada Maream elok-elok tak boleh dan kenapa tak boleh, bahaya kenapa bahaya. Panjang lebar sampai kadang dia malas dengar haha..

Denda dengan cara berdiri pada dinding, angkat tangan & slowtalk
Sekadar gambar hiasan

DENDA
Kalau dia buat jugak saya akan denda, saya suruh dia berdiri pada dinding dan angkat tangan. Masa ni saya suruh dia bertenang kalau dia menangis dan saya akan slow talk. Bebel lagi haha.. After that saya akan minta dia minta maaf. Saya pun akan cakap saya minta maaf sebab denda dia. Then saya akan cium dan peluk dia erat-erat sambil gosok kepala sambil cakap “Maream good girl, anak solehah”.

SURAH TAHA
Alhamdulillah pada yang kenal rapat dengan Maream akan tahu Maream jenis yang dengar cakap dan cepat faham. Jarang sangat dia mengamuk atau meragam, kecuali masa dia tengah cranky sebab mengantuk jelah, atau masa orang ramai, saje nak tunjuk action. Masa ni biasanya saya akan suruh dia duduk atas riba, urut-urut badan dia sambil baca surah Taha ayat 1-5 dan tiup pada ubun-ubun dia sambil cakap “Maream behave ok?”. Biasanya dia akan lebih tenang.

FLEXIBLEKAN KETEGASANMU
Tegas ni jarang-jarang boleh diflexiblekan pada masa-masa khas. Contoh kita memang tak bagi anak makan ice cream. Tapi sebab lepas main dia terus kemaskan mainan, kita cakap “Ok harini omma rasa Maream behave sangat jadi omma belanja ice cream”. Mereka akan hargai sangat ice cream tu, dan akan rasa dihargai. Supaya juga mereka belajar dalam ketegasan masih ada keringanan (rukhsah) dalam masa-masa tertentu, tengok situasi dan masa. Key point nya, jarang-jarang.

Jangan pukul kerana potensi anak jadi pemarah & pendendam tinggi
Sekadar gambar hiasan

NO PUKUL-PUKUL PLEASE
Sebenarnya kan, makin besar anak, makin tinggi potensi kita untuk tengking dan pukul mereka bila tak dengar cakap. Kita pun tahu islam tak galakkan pukul anak-anak kan.? Sebab bila besar potensi mereka untuk jadi pemarah dan pendendam lebih tinggi.

Jadi untuk elakkan kita jadi penjaga yang garang, jadilah penjaga yang tegas dari awal. Umur anak bila baru nak start tegas.? Umur sekarang.! InshaAllah kita akan lebih disayangi dan menyayangi anak-anak. Sebab bila anak dengar cakap, less likely kita akan marah mereka kan.? Tak adil marah anak tanpa didik mereka terlebih dahulu.

Sekian dari saya. Maaf kalau ada kekhilafan dalam memberi tips dan pandangan. Saya bukanlah pakar kanak-kanak, sekadar seorang ibu yang belajar dari kesalahan, pengalaman dan pemerhatian, sekadar seorang ibu yang suka bebel dan tulis panjang-panjang

sumber: Farah Lee/Ohbulan

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Tegas Dengan Anak Semenjak Bayi, Ibu Muda Ini Guna Kaedah ‘Psikologi’ Didik Anak
Tegas Dengan Anak Semenjak Bayi, Ibu Muda Ini Guna Kaedah ‘Psikologi’ Didik Anak
https://3.bp.blogspot.com/-BHFUie3n2Pc/V05LBiagbxI/AAAAAAAATxY/oYPe0_-5ImgIWTqMZnOwGxF8QDnlw72GACLcB/s640/didik-anak-semenjak-bayi-header.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-BHFUie3n2Pc/V05LBiagbxI/AAAAAAAATxY/oYPe0_-5ImgIWTqMZnOwGxF8QDnlw72GACLcB/s72-c/didik-anak-semenjak-bayi-header.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/06/tegas-dengan-anak-semenjak-bayi-ibu.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/06/tegas-dengan-anak-semenjak-bayi-ibu.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy