.

'Tak Perlu, Pakcik Masih Kuat Untuk Kelihatan Bodoh Memegang Tiang Besi Ini'

SHARE:

Semalam, saya ada mesyuarat dengan pihak Petrosains di Menara Kembar Petronas. Bertolak jam 8.30 pagi, meredah jalan yang penuh dengan pe...


Semalam, saya ada mesyuarat dengan pihak Petrosains di Menara Kembar Petronas. Bertolak jam 8.30 pagi, meredah jalan yang penuh dengan pelbagai ragam pemandu, mendengar sisipan berita pagi dengan penuh perhatian sambil melayan muzik di Spotify.

Saya mengambil keputusan untuk naik train dari Bandar Puteri Puchong ke KLCC yang memerlukan saya beralih ke RapidKL dari Puchong, transit di Sri Petaling di Star LRT dan transit yang seterusnya di Masjid Jamek ke KLCC.

Seperti biasa, train dipenuhi dengan ratusan penumpang yang duduk, berdiri dan mencengkam palang besi untuk menstabilkan diri mereka. Apabila tiba di Bukit Jalil, seorang wanita mengandung masuk dan saya terus menawarkan tempat duduk kepadanya memandangkan tiada lagi tempat duduk yang kosong. Saya sumbat earphone ke telinga dan melayani lagu-lagu kegemaran.

Tiba di Sungai Besi, lebih ramai penumpang yang masuk ke gerabak kami termasuklah seorang pakcik tua ini. Dia memakai kain batik konvensional yang sudah ketinggalan zaman, seluar panjang dan sepasang selipar itu melangkah masuk dengan perasaan dan wajah yang amat hampa sekali.

Saya cuba mencari tempat duduk untuk dia, tetapi malangnya tiada. Ketika dia berdiri di sana sambil memegang tiang besi di tengah gerabak, saya hanya senyum dan menyambung membaca berita di telefon.

Sebaik tiba di Chearas, salah seorang lelaki muda berdiri dan meninggalkan tempat duduk itu kosong. Saya segera menghalang seorang lelaki lain yang bergegas mahu merebut kerusi itu dan menawarkannya kepada pakcik tua tadi dan kemudian berlaku sesuatu di luar jangkaan.

"Uncle, mari duduk di sini. You sudah lama berdiri," pelawa saya padanya.

"Tak perlu. Saya 60 tahun dan masih kuat untuk kelihatan bodoh memegang tiang besi ini sementara generasi muda kita sedang duduk dengan selesa sambil mendengar muzik mereka.

"Mentaliti apa yang orang muda sekarang pakai? Tiada seorang pun yang menawarkan tempat duduk pada saya hanya kerana saya kelihatan buruk atau kerana saya lelaki tua, bukannya wanita tua?

"Saya dulu kerja askar menjaga negara, tetapi sekarang saya sedih melihat orang Malaysia yang langsung tak ada hati perut mahu menawarkan tempat duduk. Bukan mahu meminta simpati tetapi bagilah empati sikit. Saya bukan orang bodoh, saya memang perhatikan saja semua orang. Selepas tiga stesen, masih tiada yang mahu menawarkan saya tempat duduk.

"Tak apalah nak, pakcik masih boleh berdiri lagi. Ini tazkirah pagi untuk semua orang dalam gerabak ini. Saya akan keluar di stesen seterusnya," katanya.

Luahan kekecewaannya itu membuatkan semua penumpang yang berada di gerabak itu menoleh ke arahnya. Sesetengah penumpang yang muda berasa serba salah mula berdiri dan menawarkan tempat duduk itu kepada dua wanita berusia yang telah berdiri sekian lama. Yang selebihnya hanya memandang kami.

Saya ingatkan, saya sudah sangat memahami dan membantu menawarkan tempat duduk saya kepada wanita hamil. Saya ingatkan dengan melaksanakan tanggungjawab sosial itu boleh memberikan contoh kepada yang lain agar melakukan perkara yang sama terhadap golongan yang berusia pakcik dan makcik berusia 60 tahun. Ingatkan saya telah melakukan perkara yang betul. Malangnya saya gagal mewujudkan kesedaran yang positif dan gagal menyuarakan perkara yang betul.

Saya percaya kebanyakan daripada kita menilainya terlalu awal. Hakikatnya dia seorang lelaki Melayu yang cukup prihatin untuk meneliti trend dan sikap dalam masyarakat kita sendiri.

Pakcik itu telah mengajar saya satu pengajaran yang bermakna iaitu salah tetap salah walaupun semua orang melakukannya dan benar tetap benar walaupun tiada sesiapa yang melakukannya.

Jika anda menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, marilah kita membantu seberapa ramai orang yang mungkin. Bersama-sama kita mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya mempunyai secubit rasa empati dan rasa ingin membantu orang lain. - Muhamad Safwan My | PIXEL MEDIA

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: 'Tak Perlu, Pakcik Masih Kuat Untuk Kelihatan Bodoh Memegang Tiang Besi Ini'
'Tak Perlu, Pakcik Masih Kuat Untuk Kelihatan Bodoh Memegang Tiang Besi Ini'
https://2.bp.blogspot.com/-K8h71ZLGXCw/VzklP4BAaxI/AAAAAAAAG-0/-_L-O9nfB1oRRH0k-KSypfGYJ8MPLw8GgCLcB/s1600/1.png
https://2.bp.blogspot.com/-K8h71ZLGXCw/VzklP4BAaxI/AAAAAAAAG-0/-_L-O9nfB1oRRH0k-KSypfGYJ8MPLw8GgCLcB/s72-c/1.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/05/tak-perlu-pakcik-masih-kuat-untuk.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/05/tak-perlu-pakcik-masih-kuat-untuk.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy