.

MOHON BANTU SEBARKAN!! Bahaya Minum Air MESIN LAYAN DIRI Yang Ramai Tidak Tahu!

SHARE:

Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan kerana ebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin ...


Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan kerana ebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens – jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan.

Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain…

The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel.

Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur…

Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman.

Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air….

Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas,” katanya. “Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman,” kata Pek.

“Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan.”

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens.

Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej…Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama.

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons.

Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150.

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: MOHON BANTU SEBARKAN!! Bahaya Minum Air MESIN LAYAN DIRI Yang Ramai Tidak Tahu!
MOHON BANTU SEBARKAN!! Bahaya Minum Air MESIN LAYAN DIRI Yang Ramai Tidak Tahu!
https://1.bp.blogspot.com/-WAAVv1ou7xI/V00AYZeyHLI/AAAAAAAATvc/adpFkryYbHUVdxTV-w1WSYVRJ7EfwWu7wCLcB/s1600/mesin-air-minum.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-WAAVv1ou7xI/V00AYZeyHLI/AAAAAAAATvc/adpFkryYbHUVdxTV-w1WSYVRJ7EfwWu7wCLcB/s72-c/mesin-air-minum.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/05/mohon-bantu-sebarkan-bahaya-minum-air.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/05/mohon-bantu-sebarkan-bahaya-minum-air.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy