.

Ikan Keli Makanan Paling Kotor Di Dunia? Ini Jawapan Dari Jabatan Perikanan Malaysia

SHARE:

Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupaka...


Sebelum ini tersebar di laman sosial kononnya ikan keli merupakan ikan paling kotor di mana viral berkenaan mengatakan ia adalah merupakan kajian daripada pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikutan penyebaran berita berkenaan, orang ramai dilihat mula meragui kebersihan ikan berkenaan yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Jabatan Perikanan Malaysia(DOF) telah tampil menjawab persoalan ini di mana mereka dilihat menafikan berita yang disebarkan tersebut.

Menurut mereka, tiada kenyataan di laman web WHO seperti yang didakwa oleh penyebar berita tersebut dijumpai, ini kerana penyebar berita berkenaan katanya menjadikan WHO sebagai rujukan.

Selain itu, sehingga kini tiada artikel saintifik,rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Mengenai ikan keli diternak dengan 'hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals' seperti yang didakwa, sehingga kini tiada maklumat diperolehi mengenai kajian atau laporan spesifik mengenai pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di Malaysia.

"Ini kerana ikan keli adalah ikan yang murah dan cepat membesar, jadi tiada keperluan untuk menambah 'hormone' atau 'fattening chemicals' dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran," jelasnya.

Berdasarkan berita viral itu juga mendakwa ikan keli diberi makan minyak berlebihan menyebabkan ikan berubah rasa, DOF berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan di FRI Batu Maung bertajuk 'Sensory evaluation, colour and nutritional content of African Catfish Clarias gariepinus fed with 3 different diets imported feed, local feed and chicken offal' mendapati ikan keli yang diberi makan perut ayam (mempunyai asid lemak mono tak tepu yang tinggi) mempunyai bau dan rasa isi ayam yang signifikan.

"Selain itu dakwaan ikan keli mengandungi Omega 6 boleh menyebabkan sakit darah beku dan artritis, memang tidak dinafikan ia mengandungi omega-6, tetapi tiada kajian spesifik sehingga kini yang mengaitkan pengambilan ikan keli menyebabkan sakit berkenaan," jelas DOF.

Jadi ternyata apa yang disebarkan dan menjadi viral sebelum ini hanyalah khabar angin dan rekaan semata-mata oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. - Siakapkeli.my

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Ikan Keli Makanan Paling Kotor Di Dunia? Ini Jawapan Dari Jabatan Perikanan Malaysia
Ikan Keli Makanan Paling Kotor Di Dunia? Ini Jawapan Dari Jabatan Perikanan Malaysia
https://1.bp.blogspot.com/-fxma2n9UFfk/V0z_MsEWc1I/AAAAAAAATvU/OJC_tB7YzSwpulnOkPopVtCpy_a2Tp_hQCLcB/s640/2%2B%25281%2529.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-fxma2n9UFfk/V0z_MsEWc1I/AAAAAAAATvU/OJC_tB7YzSwpulnOkPopVtCpy_a2Tp_hQCLcB/s72-c/2%2B%25281%2529.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/05/ikan-keli-makanan-paling-kotor-di-dunia.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/05/ikan-keli-makanan-paling-kotor-di-dunia.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy