.

Panas!!! Gambar Zizan Dengan Sharifah Nasreen, Siapa Sebenar Beliau?

SHARE:

BERITA-HARIAN.NET - Panas!!! Gambar Zizan Dengan Sharifah Nasreen, Siapa Sebenar Beliau? ada apa-apa ke? foto dato last sekali amat men...


BERITA-HARIAN.NET - Panas!!! Gambar Zizan Dengan Sharifah Nasreen, Siapa Sebenar Beliau? ada apa-apa ke? foto dato last sekali amat mengejutkan kami... 

BIAR BETUL NI????

opss.. tunggu dulu. sila baca sampai habis.. 

Sebelum itu jom kita layan beberapa keping foto Sharifah Nasreen yang sangat cantik dan manis orangnya.

Difahamkan beliau juga seorang yang dermawan dan sopan santun. Kalau nak tahu lebih lagi, korang layanlah foto2 dibawah ni...


























\\



DATO CANTIK INI BUAT RAMAI LELAKI TERGODA TERMASUK VVVIP

Ramai orang di luar sana berpendapat menwujudkan perniagaan memerlukan modal wang ringgit yang besar....

Namun tanggapan ini salah buat wanita ini atau namanya Sharifah Shareen Syed Rahman Al-Mashoor yang memulakan perniagaan dari kosong, dan kini memiliki kilangnya sendiri. Perjuangan meneruskan legasi ayahnya menjadi pemangkin semangat kental untuk berjaya..

Niat untuk meneruskan perniagaan ayahnya, beliau nekad melepaskan jawatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Wanita yang lulusan Universiti Utara Malaysia dalam bidang hubungan antarabangsa dan ­diplomatik ini telah membuat keputusan melepaskan jawatannya selepas 1 tahun bekerja sebagai PTD. Ketika itu, usianya baru mencecah 23 tahun namun dia perlu mengambil alih perniagaan walaupun tanpa sebarang modal yang besar ...

Katanya, “Saya pulang ke kampung di Pulau Pinang dan cuba sedaya upaya me­ngembangkan perniagaan. Ketika itu syarikat kecil arwah ayah hanya bermula dari rumah, malah belum berdaftar. Jadi saya pun mendaftarkannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.”....

“Selepas pendaftaran syarikat, saya mula berfikir sejenak cara untuk membangunkan syarikat. Bukan saja tiada pengalaman, modal pun tiada ketika itu,” ujarnya.

Namun, dia merasa cukup b'tuah krn arwah ayahnya mempunyai ramai sahabat dan kenalan. Lantas dia menghubungi semua kenalan arwah ayahnya, berta­nyakan sama ada mereka ingin membeli produk daripada syarikatnya sebagai hadiah kepada pelanggan mereka...

Dia bersyukur krn ramai yang berminat, namun secara realitinya, dia langsung tiada modal untuk menghasilkan barangan tempahan pelanggannya itu....

Tetapi beliaut idak dapat menggambarkan rasa syukurnya kerana pelanggan itu kerana sanggup mengeluarkan modal. Hasil keuntungan jualan itu, dia menggunakannya sebagai modal permulaan untuk mengeluarkan pelbagai barangan lain & akhir­nya berjaya mengukuhkan syarikatnya sendiri.

Lebih 14 tahun menceburkan diri di dalam perniagaan mengeluarkan barangan cenderahati untuk syarikat korporat, dia amat bersyukur kerana usaha gigihnya selama ini membuahkan hasil...

Terfikir juga untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur, Sharifah Shareen berkata, semuanya starting dua tahun lalu apabila dia mengambil keputusan nekad sekali lagi berhijrah ke ibu kota ­kerana mahu mencabar diri dan mencari peluang perniagaan yang lebih besar...

Ketika mula-mula berkunjung ke Kuala Lumpur, dia langsung tidak mempunyai kenalan untuk mengembangkan rangkaian perniagaannya. Ketika itu dia menawarkan produk keluarannya di beberapa buah syarikat sahaja....

Berkat kesabarannya, syarikatnya berjaya mendapat tawaran mencetak baju untuk satu program besar-besaran yang pastinya menjadi kenangan manis dalam hidupnya.

“Dengan wang itu, saya mampu membeli dan memiliki sebuah kilang sendiri di Kota ­Damansara dan mengupah beberapa orang pekerja yang turut komited melakukan tugasan harian....

“Saya bertuah kerana pekerja juga turut membantu menaikkan nama syarikat, malah mereka tidak jemu menolong saya mengukuhkan perniagaan ini,” katanya sambil menambah, syarikat berkenaan menghasilkan pelbagai produk termasuk botol air, tuala, baju korporat dan bingkai gambar.

Walaupun beliau tidak dilahirkan dalam kalangan keluarga berada, beliau akui hasil usaha berterusan itu mampu memberikan hasil berganda buat dirinya....

Untuk mencapai kejayaan bukannya mudah seperti yang disangka kerana perlu berusaha keras tanpa mengira masa dan pandai menarik hati pelanggan untuk setia dengan produk keluarannya.

Ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini berkata, persaingan sihat itu membawa kepada maksud menawarkan produk yang lebih berkualiti dengan harga berpatutan.

“Jika tempahan membabitkan kuantiti yang ­banyak, harga ditawarkan tentulah lebih rendah dan pada masa sama, kami mengekalkan kualiti barangan yang sama....

“Saya perlu pandai menarik hati pelanggan dengan memikirkan pelbagai strategi supaya mereka berpuas hati, malah bagi kami, pelanggan memang istimewa,” katanya.

Produk syarikatnya bukan saja mendapat tempat dalam kalangan syarikat ternama di negara ini, malah di luar negara termasuk Hong Kong, United Kingdom, Iraq & Bahrain....

Dia juga mengakui, bukan senang untuk me­ngambil hati pelanggan kerana banyak persaingan, namun dia percaya rezeki daripada Tuhan sekiranya berusaha tanpa mengenal erti putus asa....

Justeru, dia menerap­kan berkonsepkan Islamik dalam perniagaannya iaitu setiap minggu, diadakan majlis bacaan Yasin untuk kakitangan di pejabatnya selain menjemput penceramah pada majlis ilmu. Dengan cara itu, rezeki lebih berkat dan sentiasa mengingati Pencipta.....

“Saya masih baru dalam perniagaan ini dan sentiasa memperbaiki diri sendiri, malah terus berharap terus mampu mengukuhkan perniagaan ini.”....

“Restu ibu juga sangat penting apatah lagi doa ibu paling berkesan untuk kejayaan anak. Malah, jika saya mempunyai masalah, saya maklumkan ibu terlebih dulu. Selepas berbual dengan ibu, barulah lega hati saya,” katanya sambil berpesan kepada golongan muda supaya sentiasa berusaha untuk menggapai kejayaan.....

Admin: Artikel ini hanya sekadar suka-suka,, tiada kaitan dengan Zizan.. jangan marah ye Dato... hehe

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Panas!!! Gambar Zizan Dengan Sharifah Nasreen, Siapa Sebenar Beliau?
Panas!!! Gambar Zizan Dengan Sharifah Nasreen, Siapa Sebenar Beliau?
https://scontent-hkg3-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xtf1/v/t1.0-9/12805930_1686110221657118_31883260813323541_n.jpg?oh=8abbc9590c1d54baacf6028ad70efe5b&oe=5798EAAE
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/03/panas-gambar-zizan-dengan-dato-hjh.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/03/panas-gambar-zizan-dengan-dato-hjh.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy