.

"Man Jadda Wajada" : Tulis Najib Setelah Terbaca Kisah Pencuri Ditawarkan Kerja di Tesco

SHARE:

KUALA LUMPUR, 16 Mac  - "Man Jadda Wajada". Itu tulis Perdana Menteri setelah beliau terbaca kisah seorang lelaki yang mencuri m...



KUALA LUMPUR, 16 Mac - "Man Jadda Wajada".

Itu tulis Perdana Menteri setelah beliau terbaca kisah seorang lelaki yang mencuri makanan untuk anak-anaknya yang kelaparan yang sebelum ini viral di media sosial.

Disamping memuji tindakan pihak pengurusan Tesco yang menawarkan kerja kepada lelaki berkenaan, Najib juga turut mengajak orang ramai supaya berpegang kepada prinsip "Man Jadda Wajada", iaitu sesiapa yang berusaha, Insya-Allah akan mendapat apa yang diusahakannya.


Selain itu, beliau juga mengingatkan semua pihak bahawa ada banyak cara lain untuk mendapatkan bantuan dan mencari rezeki halal dan salah satu darinya adalah dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk membantu sama ada dari segi kewangan, khidmat nasihat atau cara lain.

"Bagi yang beragama Islam pula, anda bolehlah mengunjungi atau menghubungi cawangan Lembaga Zakat negeri untuk mendapatkan bantuan.

"Meskipun lembaga-lembaga zakat sering melakukan tinjauan untuk mencari dan membantu mereka yang layak, sekiranya ada ahli keluarga atau kenalan yang tahu mengenai sesiapa yang memerlukan bantuan, boleh juga tampil dan memaklumkan kepada Lembaga Zakat," kata beliau menerusi blognya najibrazak.com.

Najib mengulas tindakan seorang pengurus Pasar Raya Tesco di Alma, Bukit Mertajam yang bertindakan menawarkan pekerjaan kepada seorang pencuri di pasar raya itu dari mengambil tindakan menghukumnya.

Tindakan dari pihak Tesco itu menjadi viral dan mendapat pujian ramai pihak.

Dalam kejadian tersebut, seorang bapa kepada tiga anak didapati mencuri barangan makanan bernilai RM27 di pasar raya itu untuk anak-anaknya yang lapar.

Setelah ditangkap dan disoal siasat, pihak Tesco mendapati kisah sedih lelaki tersebut adalah benar lalu menawarkan kerja kepada lelaki berkenaan dan tidak melaporkan jenayah itu.

Najib yang membaca kisah kecurian itu memuji tindakan Tesco.

"Walaupun mencuri itu satu kesalahan dari segi undang-undang, tetapi cara bagaimana pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam mengendalikan kejadian tersebut, dengan menawarkan bapa tadi untuk bekerja dengan mereka, haruslah dipuji," katanya. -Siakapkeli.my

Petikan penuh dari Blog Najib Razak.

Saya terbaca mengenai kisah kecurian di Tesco Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang membabitkan seorang bapa dengan tiga anak kecil yang perlukan makanan manakala isterinya terlantar sakit di unit rawatan rapi.

Walaupun mencuri itu satu kesalahan dari segi undang-undang, tetapi cara bagaimana pihak pengurusan Tesco Bukit Mertajam mengendalikan kejadian tersebut, dengan menawarkan bapa tadi untuk bekerja dengan mereka, haruslah dipuji.

Pada masa sama, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan bahawa terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan dan mencari rezeki yang halal.

Salah satunya adalah dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa sedia untuk membantu sama ada dari segi kewangan, khidmat nasihat dan lain-lain caranya agar dapat mengatasi cabaran ini dan berpeluang menikmati kehidupan lebih baik.

Bagi yang beragama Islam pula, anda bolehlah mengunjungi atau menghubungi cawangan Lembaga Zakat negeri untuk mendapatkan bantuan. Meskipun lembaga-lembaga zakat sering melakukan tinjauan untuk mencari dan membantu mereka yang layak, sekiranya ada ahli keluarga atau kenalan yang tahu mengenai sesiapa yang memerlukan bantuan, boleh juga tampil dan memaklumkan kepada Lembaga Zakat. Sama-sama kita mainkan peranan.

Saya juga menggalakkan semua untuk mengunjungi cawangan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan atau secara atas talian di http://jtksm.mohr.gov.my/ bagi melihat kekosongan dan tawaran kerja yang ada pada setiap hari.

Di laman Jabatan Tenaga Kerja, terdapat pelbagai tawaran pekerjaan bagi kategori pekerjaan serta peringkat kelulusan berbeza, yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta dan agensi-agensi awam.

Ingatlah bahawa Allah SWT berpesan dalam surah Al-Baqarah ayat 286, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

Berpeganglah kepada prinsip “Man jadda wajada”, iaitu sesiapa yang berusaha, Insya-Allah akan mendapat apa yang diusahakannya.

Wallahu’alam.

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: "Man Jadda Wajada" : Tulis Najib Setelah Terbaca Kisah Pencuri Ditawarkan Kerja di Tesco
"Man Jadda Wajada" : Tulis Najib Setelah Terbaca Kisah Pencuri Ditawarkan Kerja di Tesco
https://1.bp.blogspot.com/--UK1ySrpErg/VulmFTcL6qI/AAAAAAAAUME/4cw0RDXKAkkcqZ_bPNz9T6-q3EnmuUyWA/s640/najib.jpg
https://1.bp.blogspot.com/--UK1ySrpErg/VulmFTcL6qI/AAAAAAAAUME/4cw0RDXKAkkcqZ_bPNz9T6-q3EnmuUyWA/s72-c/najib.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/03/man-jadda-wajada-tulis-najib-setelah.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/03/man-jadda-wajada-tulis-najib-setelah.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy