.

Emma Akma sahkan sudah bercerai, hampir bunuh diri

SHARE:

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Akma, 47, mengesahkan dirinya sudah sah bercerai talak satu dengan Omar Ramli, 48, selepas tujuh bulan mendiri...

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Akma, 47, mengesahkan dirinya sudah sah bercerai talak satu dengan Omar Ramli, 48, selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga.
Emma berkata, perceraian itu diputuskan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat pada 14 Januari lalu selepas beliau membuat permohonan cerai fasakh pada Ogos 2015.
"Selepas empat kali kes sebutan Omar tidak hadir, pihak Mahkamah memutuskan kami bercerai talak satu secara fasakh.
"Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan menyifatkan perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak. Saya juga menganggapnya sebagai rahmat selepas apa yang saya lalui sebelum ini," katanya kepada BH Online.
Emma dan Omar mendirikan rumah tangga pada 9 Jun tahun lalu selepas dirancang oleh anak angkatnya, Dayang Izzati, 11. Dayang ialah anak Omar hasil perkahwinannya yang terdahulu. Bagaimanapun, Emma menjadikan kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak usianya setahun.
Sementara itu, Emma tidak menyangka perkahwinan yang diharap akan kekal ke akhir hayat hanya bertahan buat sementara selepas beliau mengetahui tujuan sebenar Omar ingin berkahwin dengannya.
"Selepas kami bernikah, saya terus ditinggalkan olehnya. Kemudian, saya memujuknya dan dia pulang untuk seketika.
"Saya mendapat tahu, rupa-rupanya ada sebab dia ingin berkahwin dengan saya, iaitu untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula. Terduduk saya apabila diperlakukan sebegitu," ujarnya.
Ekoran kejadian terbabit, Emma mengaku dirinya mengalami kemurungan yang teruk, apatah lagi ketika itu beliau turut mengalami penyakit busung sehingga pernah berniat untuk membunuh diri.
Bagaimanapun, Emma cuba memujuk diri agar cekal hati supaya dapat meneruskan kehidupan dan pada masa sama mahu dilepaskan secara baik.
"Sudahlah saya ditinggalkan, dia tidak mahu menceraikan saya pula. Ditambah dengan penyakit busung yang saya terpaksa lalui sebelum ini, saya hampir bunuh diri.
"Mujur saya masih waras dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Sebagai langkah pertama, saya membuat laporan polis agar tidak diapa-apakan olehnya.
"Memandangkan dia tidak mahu melepaskan saya, saya mengambil tindakan dengan membuat permohonan fasakh pula. Alhamdulillah, kini saya bangkit semula," tuturnya.
Ditanya adakah dirinya serik untuk mendirikan rumah tangga lagi, katanya, sebagai wanita biasa, beliau masih mempunyai perasaan untuk mempunyai suami di sisi, namun mengharapkan seorang lelaki yang lebih baik agar dapat membimbing ke arah kebaikan.
"Kalau saya ditakdirkan untuk berkahwin lagi, apa salahnya? Cuma saya berharap lelaki yang hadir dalam hidup saya itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab," katanya.
Selain Dayang Izzati, Emma mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Zuairin, 24.
Dalam perkembangan lain, Emma kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbitan JS Picture, berjudul Satu Cinta.

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Emma Akma sahkan sudah bercerai, hampir bunuh diri
Emma Akma sahkan sudah bercerai, hampir bunuh diri
http://www.rotikaya.com/wp-content/uploads/2015/11/Emma-Akma-Dedah-Menderita-Setahun-Kerana-Sihir-ROTIKAYA-700x433.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/03/emma-akma-sahkan-sudah-bercerai-hampir.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/03/emma-akma-sahkan-sudah-bercerai-hampir.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy