.

17 Persediaan sebelum berhenti kerja

SHARE:

Tengahari ini mendapat jemputan makan tengahari bersama bekas teman sekerja. Beliau meminta pandangan saya tentang rancangannya mahu ...


Tengahari ini mendapat jemputan makan tengahari bersama bekas teman sekerja.
Beliau meminta pandangan saya tentang rancangannya mahu berhenti kerja dan fokus untuk berbisnes dalam masa 2 tahun akan datang.
Beliau telah menanam budi pada saya dengan belanja saya makan nasi ayam kampung.
Saya kongsikan 17 persediaan penting sebelum beliau nekad untuk berhenti kerja.
(Rujukan dari pengalaman sendiri dan orang lain)
Fahami konsep "Plan for good and prepare for the worst"
1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan.
(Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)
2. Kurangkan komitmen hutang pada bank,sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.
3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas.
(rumah/kereta)
4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas.(Trading)
Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.
5. Buat bisnes secara sambilan dahulu,
cuba selama 6bulan,
jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok,
boleh buat keputusan.
6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh dipertimbangkan)
7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes.
Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri
Kaya-raya = Legasi perniagaan
8. Persediaan mental dan emosi sangat penting.
Sebab tu perlu ada simpanan 36bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh,
punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.
9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes.
(Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)
10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.
11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati,berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.
12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri.
(keberkatan)
13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung.
(Jika 6bulan tidak untung,tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)
14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza.
15. Sebelum ambil sebarang risiko,pastikan telah persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko.
16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi.
(Ready for the worst)
17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.
Goodluck Bro!
P/s : Nota di atas hanya sebagai cadangan.
Pemahaman pembaca terhadap nota ini adalah diluar tangungjawab saya.
- via Firdaus Yasin

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: 17 Persediaan sebelum berhenti kerja
17 Persediaan sebelum berhenti kerja
https://2.bp.blogspot.com/-1a6SHoW6TVg/VtbhoYbRoWI/AAAAAAAARx4/xgjuHm7PVXQ/s640/12802729_10206162705202619_5871815147397306684_n.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-1a6SHoW6TVg/VtbhoYbRoWI/AAAAAAAARx4/xgjuHm7PVXQ/s72-c/12802729_10206162705202619_5871815147397306684_n.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/03/17-persediaan-sebelum-berhenti-kerja.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/03/17-persediaan-sebelum-berhenti-kerja.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy