.

TMJ Bersalam Dengan Isteri Safiq Rahim & Dilihat Mempersendakan Agama.. Ini Pandangan Dr. MAZA..!!

SHARE:

Ramai orang menganggap Gejala  Ikhtilath  (percampuran di antara kaum lelaki dengan wanita) perkara biasa. Pada mereka saling bersentuh...


Ramai orang menganggap Gejala Ikhtilath (percampuran di antara kaum lelaki dengan wanita) perkara biasa. Pada mereka saling bersentuhan kulit, bersalaman tangan, bertepuk-tampar, bersenda-gurau, sehingga ada yang berpelukan sesama sendiri tanpa timbul sebarang rasa bersalah. Perbuatan ini merisaukan apabila ada yang menganggap bahawa ia tidak termasuk kesalahan di sisi agama. Pelbagai sebab-sebab perkara ini terus berleluasa mungkin adalah kerana faktor lemahnya iman, budaya persekitaran yang penuh syubhat, terkesan dengan pelbagai adegan filem dan drama, dan ketidak-tahuan mereka terhadap dalil-dalil berkaitan yang menjelaskan persoalan tersebut secara jelas.
Namun perlu juga orang ramai tahu akan fatwa-fatwa yang sebenarnya di samping adanya beberapa fatwa meragukan dari tokoh-tokoh tertentu masa kini yang mengharuskan bersalaman di antara lelaki dan wanita ajnabiyah (bukan mahram) dalam keadaan tertentu. Ini adalah sebagaimana yang diutarakan dan ditunjukkan antaranya oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpandukan beberapa tafsiran dan takwilan yang dikemukakannya.
Lihat pandangan Mufti Negeri Perlis, Dr.MAZA menerusi video dibawah.
Di dalam isu bersalam dengan bukan mahram ini, Dr. MAZA menyokong pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan pada asalnya tidak boleh bersalaman. Namun, jika bukan mahram (kafir) yang menghulurkan salam kepada kita merasa dirinya hina, maka dibolehkan bersalam dengan sekadar sebentar sahaja.
Namun dengar pula jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus ini.
Namun Hukum Bersalaman antara Bukan Mahram adalah HARAM walaupun secara berlapik menggunakan sarung tangan yang nipis kerana masih merasai jisimnya, melainkan dalam keadaan darurat (terpaksa). – Ustaz Azhar Idrus
TMJ membuat video sindiran kepada pengkritiknya. Dilihat seperti mempersedakan agama.
Surah al-An’am; 70
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ
Maksudnya:
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).
Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Maksud perbuatan mempersendakan agama :
Perkataan atau perbuatan yang menjatuhkan martabat agama.
Contoh perbuatan mempermainkan agama :
1. Memperkecilkan tuntutan agama
2. Bangga apabila melanggar larangan Allah
3. Menghina orang yang bertakwa
4. Menyanjung perbuatan maksiat
5. Tidak bersolat
6. Makan di khalayak ramai pada siang hari di bulan ramadhan
7. Tidak membayar zakat
Sumber: Ohkopio

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: TMJ Bersalam Dengan Isteri Safiq Rahim & Dilihat Mempersendakan Agama.. Ini Pandangan Dr. MAZA..!!
TMJ Bersalam Dengan Isteri Safiq Rahim & Dilihat Mempersendakan Agama.. Ini Pandangan Dr. MAZA..!!
https://3.bp.blogspot.com/-83ELoZqxsWE/VsvCXJazPUI/AAAAAAAAABE/Qy2OgNZOVN8/s640/Screen%2BShot%2B2016-02-23%2Bat%2B10.17.33%2BAM.png
https://3.bp.blogspot.com/-83ELoZqxsWE/VsvCXJazPUI/AAAAAAAAABE/Qy2OgNZOVN8/s72-c/Screen%2BShot%2B2016-02-23%2Bat%2B10.17.33%2BAM.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/tmj-bersalam-dengan-isteri-safiq-rahim.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/tmj-bersalam-dengan-isteri-safiq-rahim.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy