.

Suami hantar isteri 'bermaksiat' dalam surau di Kuantan

SHARE:

Sekadar hiasan Kuantan: Lagak seorang perempuan yang sentiasa solat di surau di kompleks beli-belah di bandar ini membongkar tembelangny...

Sekadar hiasan
Kuantan: Lagak seorang perempuan yang sentiasa solat di surau di kompleks beli-belah di bandar ini membongkar tembelangnya apabila dia didapati mencuri telefon bimbit milik wanita lain sejak enam bulan lalu.

Malah, suami kepada suspek berusia 31 tahun terbabit turut bersubahat apabila menghantar isterinya ke premis berkenaan untuk melakukan jenayah itu.

Pasangan terbabit kemudian akan menjual telefon bimbit itu pada harga serendah RM200 kepada pemilik premis menjual telefon bimbit di Jalan Pasar Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tembelang pasangan terbabit terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di rumah di Taman Tas, di sini, pada 27 Januari lalu.

“Pemeriksaan di rumah pasangan yang mempunyai dua anak itu membawa kepada penemuan satu tablet Lenovo, dua telefon bimbit dan iPad yang dipercayai dicuri.

“Polis turut menemui beg tangan berjenama diletakkan di tempat duduk belakang kereta Perodua Alza yang digunakan pasangan terbabit setiap kali mereka ke kompleks beli-belah berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.

Susulan tangkapan pasangan itu, beliau berkata, polis menyerbu premis menjual telefon bimbit di Jalan Pasar Besar dan merampas 19 telefon bimbit pelbagai jenama dipercayai dijual suami isteri itu.

“Semua barangan berkenaan dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya.

Abdul Aziz berkata, berdasarkan siasatan awal, pasangan terbabit mengaku menyasarkan surau di Berjaya Megamall dan East Coast Mall, di sini, untuk mencuri barangan berkenaan.

“Suspek wanita itu akan berpura-pura ke surau menunaikan solat dan akan menggeledah beg tangan milik wanita lain ketika mangsa solat.

“Selain telefon bimbit, wanita itu akan mengambil barang kemas dan wang tunai tetapi tidak melarikan beg tangan berkenaan.

“Selepas itu, dia dan suaminya akan menjual hasil curi itu di premis di Jalan Pasar Besar,” katanya.
Abdul Aziz (kiri) meneliti 19 telefon bimbit pelbagai jenama dipercayai dicuri seorang wanita ketika berpura-pura solat di surau kompleks beli-belah.

Katanya, susulan penahanan suspek, pihaknya percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya sembilan kes curi di surau di kompleks beli-belah di bandar ini.

“Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai supaya tampil membuat laporan jika mereka pernah kehilangan telefon bimbit atau barangan berharga apabila mengunjungi surau di kompleks beli-belah,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut mendapati lelaki terbabit positif dadah Amphetamine.

“Pasangan terbabit kini ditahan reman sehingga hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya. Sumber: Hmetro

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Suami hantar isteri 'bermaksiat' dalam surau di Kuantan
Suami hantar isteri 'bermaksiat' dalam surau di Kuantan
http://4.bp.blogspot.com/-dR9C_KH7d9g/VrLH4bSk4RI/AAAAAAABt3Q/FyUGtfVaknY/s640/tankap%2Bbasah.gif
http://4.bp.blogspot.com/-dR9C_KH7d9g/VrLH4bSk4RI/AAAAAAABt3Q/FyUGtfVaknY/s72-c/tankap%2Bbasah.gif
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/suami-hantar-isteri-bermaksiat-dalam.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/suami-hantar-isteri-bermaksiat-dalam.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy