.

"Stacy Belum Hamil, Kami Sedang Usaha" - Akim Ahmad

SHARE:

SHAH ALAM:  Akim Ahmad memberitahu, isterinya iaitu Stacy masih belum hamil walaupun kata-katanya dalam rancangan Mentor Milenia di TV3 p...


SHAH ALAM: Akim Ahmad memberitahu, isterinya iaitu Stacy masih belum hamil walaupun kata-katanya dalam rancangan Mentor Milenia di TV3 pada Ahad seperti mengiakan berita itu.

Akim, 25, berkata, disebabkan usia perkahwinan yang masih baru, mereka tetap berusaha ke arah untuk memperoleh cahaya mata.

"Jujur saya katakan, Stacy masih belum hamil seperti yang disangkakan. Lagi pula usia perkahwinan kami baru menginjak sebulan setengah. Saya tidak menyalahkan peminat. Mungkin mereka teruja.

"Apa yang boleh saya katakan, kami sedang berusaha ke arah itu dan jika ada khabar gembira pasti saya akan kongsikan kepada semua nanti,” katanya kepada mStar Onlineketika ditemui selepas program Mentor Milenia di sini malam Ahad.

Terdahulu Akim yang bertindak sebagai mentor dalam rancangan itu dilihat memangku seorang kanak-kanak sambil memberi gambaran seolah-olah isterinya sedang hamil.

Dalam pada itu Akim berkata sejak  dulu lagi dia suka kepada kanak-kanak dan aksinya pada malam itu tiada kaitan dengan status isterinya sedang hamil.

Bila ditanya mengenai jantina anak yang diimpikan Akim berkata, dia seboleh-bolehnya mengimpikan anak lelaki tetapi tidak memilih. Namun jika diberikan anak kembar, ia adalah bonus.

Berkongsi kehidupannya selepas berkahwin, kata Akim segalanya semakin terurus kerana  Stacy menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan cukup baik.

"Saya sebenarnya tidak suka makan di luar. Hal ini membuatkan Stacy ambil inisiatif untuk belajar  memasak daripada ibu saya.Sekarang dia handal memasak resepi kegemaran saya antaranya masak asam pedas, masak lemak dan paling sedap dia masak ialah masak asam rebus nanas,” ujarnya.

Akim dan Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, bernikah pada 5 Februari 2016 - mStar Online

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: "Stacy Belum Hamil, Kami Sedang Usaha" - Akim Ahmad
"Stacy Belum Hamil, Kami Sedang Usaha" - Akim Ahmad
https://2.bp.blogspot.com/-oJT2T2rdNBc/Vs5xRu73hsI/AAAAAAAARoo/piN7DuSx5xs/s640/akim.png
https://2.bp.blogspot.com/-oJT2T2rdNBc/Vs5xRu73hsI/AAAAAAAARoo/piN7DuSx5xs/s72-c/akim.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/stacy-belum-hamil-kami-sedang-usaha.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/stacy-belum-hamil-kami-sedang-usaha.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy