.

Sayu Hati, Tiada Seorang Pun Merindui Masakan Ibu

SHARE:

Semalam saya menerima emel panjang dari seorang isteri dan ibu. Keluhannya bercampur baur, namun akhirnya saya mengerti segala isi hati...


Semalam saya menerima emel panjang dari seorang isteri dan ibu. Keluhannya bercampur baur, namun akhirnya saya mengerti segala isi hatinya. Barangkali ia boleh diambil sebagai iktibar dan menjadi peringatan. Malah ada sesuatu yang kita boleh belajar. 

Ini emel yang dihantar kepada saya:

Puan, sewaktu di zaman bujang, saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak dan setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu pula, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti akan menerima pujian. 

Namun, segalanya berubah apabila saya sudah berumahtangga. Bebanan tugas di pejabat, urusan rumahtangga serta beban pengajian membuatkan saya bertukar karekter. 

Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Pada awal perkahwinan juga, suami kerap menegur setiap hidangan saya dan sering membanding dengan masakan ibunya. Dia pernah meminta saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanyalah biasa-biasa sahaja. 

Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada fikiran saya, ia satu kerja yang renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan dan saya sukar menerima teguran. 

Anak-anak pula banyak karenah. Meminta masak itu dan ini, sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan bebanan tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan di luar sahaja. Jika ada tetamu yang datang, suami akan menempah makanan. Anak-anak pula diajar makan makanan segera. Saya berasa lega. 

Begitulah keadaan kami untuk tempoh yang lama. Kini saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi, tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya pernah menyuarakan keinginan memasak untuk suami. Namun dia menolak.

"Tak apalah, kita makan di kedai sahaja," katanya. 

"Abang mahu saya bancuhkan kopi?" saya tawarkan diri. 

"Tak apalah, nanti saya buat sendiri," jawabnya.

Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoran. Ketika di hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Tindakan mereka membuatkan saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila diberitahu yang mereka akan pulang.

"Laa mummy, kenapa susah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi," kata anak saya. 

Jadinya, makanan yang saya masak dengan hati yang gembira, tidak dijamah. Tiada seorang pun yang merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya. Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak. Sedangkan ketika saya berada di usianya, sudah mahir memasak pelbagai juadah.


Apabila saya ke rumah mereka, anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah. 

Hati saya remuk, lebih remuk lagi apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendiri. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!

Rasa penuh kekesalan di hati ini. Hebat bagaimanapun masakan kita, jika tidak disuapkan ke mulut anak-anak dan suami, ia tidak bererti. Sesungguhnya masakan ibu mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanfaat. - Roza Roslan | PIXEL MEDIA

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Sayu Hati, Tiada Seorang Pun Merindui Masakan Ibu
Sayu Hati, Tiada Seorang Pun Merindui Masakan Ibu
https://3.bp.blogspot.com/-vnW7QFGgRMs/VsXZZ7HapuI/AAAAAAAAC-c/thbbzSw2PYw/s1600/1.png
https://3.bp.blogspot.com/-vnW7QFGgRMs/VsXZZ7HapuI/AAAAAAAAC-c/thbbzSw2PYw/s72-c/1.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/sayu-hati-tiada-seorang-pun-merindui.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/sayu-hati-tiada-seorang-pun-merindui.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy