.

Paus seperti enggan diselamatkan

SHARE:

ORANG ramai melihat ikan paus berkenaan selepas diangkat menggunakan kren dari muara Sungai Sarang Buaya dekat Semarah. - Foto Zulkarnain ...

ORANG ramai melihat ikan paus berkenaan selepas diangkat menggunakan kren dari muara Sungai Sarang Buaya dekat Semarah. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

BATU PAHAT: "Paus itu seolah-olah mengalirkan air mata ketika kami cuba membantunya melepaskan diri dari beting lumpur muara Sungai Sarang Buaya, tapi ia kelihatan enggan keluar hinggalah mati."
Nelayan dari Jeti Parit Simin, dekat Semerah, Mohd Johari Hamdan, 32, bersama rakannya baru selesai menangkap ikan di perairan Selat Melaka dan melalui muara Sungai Sarang Buaya untuk pulang ke jeti kira-kira jam 4 petang semalam.
Ketika itu, katanya, keadaan laut mulai surut sebelum dia ternampak kelibat paus itu melibas ekor ke udara.
"Kami menghampirinya dan terkejut apabila mendapati paus itu tersekat di beting lumpur berkenaan sebelum menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Batu Pahat untuk bantuan lanjut.
"Kami cuba membantu paus itu melepaskan diri selepas melihat ia meronta-ronta sebelum saya terpandang ia seolah-olah mengalirkan air mata.
"Berkali-kali kami cuba menolaknya keluar dari beting lumpur itu termasuk dengan bantuan APMM dan Jabatan Perikanan Batu Pahat, namun ia seolah-olah enggan keluar dari situ.
"Kami menepuk badan paus itu bagi menenangkannya. Apa yang lebih menghibakan ialah ketika paus itu mengerang dengan kuat sebelum disahkan mati, kira-kira jam 6 petang," katanya kepada pemberita di perairan Sungai Nibong, dekat sini, hari ini.
Isnin lalu, mamalia berkenaan ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah sebelum ditarik semula ke laut oleh sekumpulan nelayan yang dibantu penduduk dan anggota bomba pada jam 7 petang.
Bagaimanapun, ia ditemui terdampar semula di muara Sungai Sarang Buaya dekat Semarah, sembilan jam kemudian.
Mohd Johari berkata, pelbagai kejadian pelik dan jarang berlaku melanda perairan di sini kebelakangan ini apabila nelayan tempatan mendapat hasil tangkapan berkali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.
"Sejak minggu lalu, hasil tangkapan nelayan di sini agak lumayan. Semalam contohnya, nelayan di sini menangkap beberapa ikan kerapu laut yang setiap satu mencecah hingga 10 kilogram.
"Ia tidak pernah berlaku tetapi ada juga nelayan berasa pelik dan bimbang dengan fenomena ini, lebih-lebih lagi dengan kehadiran paus yang kali pertama berlaku di perairan ini.
"Ia mengulangi fenomena tahun 2004 ketika nelayan tempatan mendapat hasil tangkapan besar sebelum tsunami melanda," katanya - Bharian Online

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Paus seperti enggan diselamatkan
Paus seperti enggan diselamatkan
http://assets.bharian.com.my/images/articles/11feb-pauss.transformed.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/paus-seperti-enggan-diselamatkan.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/paus-seperti-enggan-diselamatkan.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy