.

Mohon Sebarkan!!! Pemuda kurus kering akibat gemar minum air berkarbonat

SHARE:

Khairul Helmi Roslan, 25 menunjukkan gambarnya ketika berusia 19 tahun berbeza dengan keadaannya ketika ini setelah menderita akibat pen...

Khairul Helmi Roslan, 25 menunjukkan gambarnya ketika berusia 19 tahun berbeza dengan keadaannya ketika ini setelah menderita akibat penyakit diabetes yang kronik ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam disini hari ini. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM
BUKIT MERTAJAM  - Tiada siapa menyangka seorang pemuda yang pernah mencapai berat badan 100 kilogram (kg) suatu masa dahulu kini menderita akibat penyakit diabetes yang kronik.

Malah, Khairul Helmi Roslan yang baru berumur 25 tahun itu juga menderita penyakit berkenaan hanya kerana kegemarannya meminum air berkarbonat sehingga menyebabkan dia kini kurus kering dengan berat badan hanya 36 kg.

Penyusutan mendadak berat badannya itu juga menyebabkan tiada lagi keceriaan pada wajah Khairul Helmi yang kini terpaksa menumpang kasih adik perempuannya di Kampung Tok Panjang, dekat sini sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, sejak dua tahun lalu sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu, selera makannya mula berkurangan dan berat badannya juga menyusut sehingga kurus kering.

Malah keadaannya amat menyedihkan kerana kadang-kala hanya mampu terlantar di rumah akibat penyakitnya itu dan terpaksa dipapah oleh adiknya, Nurul Athirah, 24.

Dulu badan saya pernah mencecah 100 kg malah saya dikategorikan berbadan besar tapi sihat dan mampu bekerja sebagai operator kilang dekat Perai.


Namun segalanya berubah pada 2012 apabila saya disahkan menghidap diabetes yang kronik menyebabkan berat badan menyusut serta kini hanya mampu terlantar di rumah dan dijaga oleh adik perempuan saya, katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, sejak ibu bapanya berpisah, ibunya, Rosmah Sulaiman, 44, berkahwin lain dan kini menetap bersama bapa tirinya dan hanya sesekali datang menjenguknya di rumah.

Jelas Khairul Helmi, biarpun sedih dengan nasib yang menimpanya namun, dia reda dan pasrah atas ketentuan itu.

Kalau dapat diputar kembali masa, saya mahu kembali sihat macam dulu dan tinggalkan amalan buruk suka minum air berkarbonat yang menjadi punca penyakit ini, ujarnya.

Sementara itu, rakannya, Mahazan Mohamad, 34, berkata, dia tidak menyangka Khairul Helmi menjadi kurus akibat menghidap penyakit yang kronik kerana menyangka rakannya itu selama ini mengamalkan diet.

Memang saya terkejut apabila dimaklumkan yang dia menghidap diabetes kronik kerana saya sangka dia hanya berdiet. Apapun saya tetap akan berada di sisinya dan memberi sokongan agar dia kembali sihat.

Selain itu saya berharap ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Khairul Helmi untuk membiayai rawatannya, katanya - Utusan Online

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Mohon Sebarkan!!! Pemuda kurus kering akibat gemar minum air berkarbonat
Mohon Sebarkan!!! Pemuda kurus kering akibat gemar minum air berkarbonat
https://1.bp.blogspot.com/-eIenYmbUPWA/Vr_sOoPrBEI/AAAAAAAARW0/a4ABzLDiEgw/s640/Diabetes-kronik%2B%25281%2529.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-eIenYmbUPWA/Vr_sOoPrBEI/AAAAAAAARW0/a4ABzLDiEgw/s72-c/Diabetes-kronik%2B%25281%2529.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/mohon-sebarkan-pemuda-kurus-kering.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/mohon-sebarkan-pemuda-kurus-kering.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy