.

Mohon Bantu Share!! 7 Tabiat Anak Yang Tak Patut Dihalang Oleh Ibu Bapa

SHARE:

Dah memang tabiat anak kecil, mereka memang suka mencuba dan ambil tahu. Bagilah apa saja, lagi-lagi benda yang baru. Tentu pantas saja t...

tabiat anak kecil
Dah memang tabiat anak kecil, mereka memang suka mencuba dan ambil tahu. Bagilah apa saja, lagi-lagi benda yang baru. Tentu pantas saja tangannya. Lain disuruh, lain dibuatnya.
Malah, mereka ada yang membawa kemudaratan, dia tetap akan tertarik dan bermain dengannya.
Sebab itu, zaman kanak-kanak memang seronok. Bebas bermain dan lakukan apa sahaja tanpa sempadan.
kartun anak
Foto Kredit: m.edziecko.pl

7 Tabiat Anak Kecil Yang Tak Patut Dihalang

Apabila semakin dewasa, kebebasan bermain mula dibatasi sedikit demi sedikit oleh ibu bapa. Ini kerana ibu bapa mula merasa anak kecil yang semakin membesar perlu bersikap matang.
Ya, betul.
Anak-anak perlu didisiplinkan dan bertindak mengikut umur mereka apabila semakin membesar. Tapi sekali-sekala, berilah peluang pada anak untuk mereka bebas lakukan 7 perkara ini.

1. Luahkan perasaan

Kadang-kadang, kanak-kanak memilih untuk menangis sebagai cara melepaskan perasaan frust ataupun stress.
Biarkan mereka menangis dan apabila mereka puas meluahkan perasaan, mereka akan berhenti menangis.
cara bercakap dengan anak
Foto Kredit: eumom.ie
Jadi elak mengejek atau memukul mereka apabila mereka memilih perbuatan itu. Ini bermakna mereka percayakan kita untuk memberitahu perasaan mereka.
Bayangkan, kalau mereka sembunyikan perasaan takut atau sedih, itu kan lebih bahaya?

2. Ketawa

Ada ibu bapa yang mengugut anak-anak jika berkejar-kejaran sambil ketawa riang. Memang tidak semua situasi membolehkan anak-anak ketawa tapi tidak salah memberi mereka kebebasan itu.
Lagipun peluang itu mungkin tiada lagi apabila anak-anak sudah mula berkawan dan banyak masa dihabiskan di luar rumah.

3. Bergurau senda

Foto Kredit: http://im-women.ru/
Foto Kredit: im-women.ru
Tabiat anak kecil sebenarnya kreatif, tapi ramai yang sangka mereka nakal. Ada sahaja idea untuk menyakat adik beradik atau orang sekeliling sehingga ada yang menangis.
Jangan sekat kegembiraan  mereka  tapi pantaulah agar tidak melebihi batasan.

4. Sepahkan rumah

Memang sakit mata dan sakit hati tengak barang-barang permainan anak-anak bersepah. Baru sahaja dikemas di ruang tamu, di dapur pula bersepah dengan bahan masak. Nak bantu memasak, kononnya.
Tapi, semua itu akan berbaloi dengan pengalaman yang ditimba oleh anak-anak. Lagi bagus jika dapat latih anak berjinak-jinak di dapur. Jadikan kebiasaan, ianya akan membantunya di masa hadapan.

5. Membaca

Foto Kredit: ingilizcesinifi.org
Foto Kredit: ingilizcesinifi.org
Kalau mereka suka pegang buku, biarkan. Kalau mereka suruh bacakan buku, bacalah selagi boleh. Ia akan memupuk minat membaca dalam diri anak.
Jangan hadkan minat membaca anak-anak dengan fokus pada buku ilmiah sahaja. Sesekali beri peluang anak membaca bahan bacaan bersifat santai.

6. Meminati lebih daripada satu aktiviti

Jika anak mempunyai minat dalam lebih satu aktiviti, beri galakan sepenuhnya. Elak menyuruh anak membuat pilihan salah satu atau mengikut pilihan anda.
Biarkan mereka menumpukan seluruh tenaga untuk semua perkara tersebut. Lama-kelamaan, mereka akan lebih bijak membuat pilihan.

7. Belajar untuk berdikari

Jangan ‘gatal’ tangan nak buatkan semua benda untuk anak kecil. Mereka sebenarnya boleh berdikari jika kita beri peluang.
Beri satu tugas pada anak dan biarkan dia lakukan tugas hingga selesai. Banyak yang dipelajarinya jika dia melakukan semuanya sendiri.
tabiat anak kecil
Foo Kredit: vustudents.ning.com

Bersabarlah dengan tabiat anak kecil,

…hayatilah pengalaman bersamanya selagi boleh. Tabiat anak kecil ini akan membantunya menggilap kebolehan dan keupayaan masing-masing.
Bila semakin membesar apatah lagi mempunyai rakan sebaya, anak akan menjauh dan mempunyai komitmen masing-masing - Sumber

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Mohon Bantu Share!! 7 Tabiat Anak Yang Tak Patut Dihalang Oleh Ibu Bapa
Mohon Bantu Share!! 7 Tabiat Anak Yang Tak Patut Dihalang Oleh Ibu Bapa
http://siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/02/tabiat-anak-750x375.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/mohon-bantu-share-7-tabiat-anak-yang.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/mohon-bantu-share-7-tabiat-anak-yang.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy