.

Mohon Bantu Sebarkan!! Pekerja Bangla bongkar Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter

SHARE:

Pekerja Bangla bongkar Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter Awas - Sindiket penipuan di stesen minyak. Sentiasa perhatikan meter minyak s...


Pekerja Bangla bongkar Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter


Awas - Sindiket penipuan di stesen minyak. Sentiasa perhatikan meter minyak semasa minyak diisi oleh pekerja stesen minyak. Baca selanjutnya

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang…)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashierperempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, “abang bagi kat cashier yang mana?”. Terus saya tunjuklah cashierperempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

“Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

“Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

“Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, “tak ada orang report ke kat bos you ke?”

Jawabnya, “bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja”

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, “Sorry silap tekan”.

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

“Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

“Sorry bang, saya silap tekan tadi.” – jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

“Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

“Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak.”

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.

sumber

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Mohon Bantu Sebarkan!! Pekerja Bangla bongkar Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter
Mohon Bantu Sebarkan!! Pekerja Bangla bongkar Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter
https://1.bp.blogspot.com/-6heRn6Y4vWY/VsyAakzxQXI/AAAAAAAACj4/R1obp6Dtw4s/s640/Pekerja%2BBangla%2Bbongkar%2BTaktik%2BPenipuan%2BCashier%2BDi%2BKaunter.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-6heRn6Y4vWY/VsyAakzxQXI/AAAAAAAACj4/R1obp6Dtw4s/s72-c/Pekerja%2BBangla%2Bbongkar%2BTaktik%2BPenipuan%2BCashier%2BDi%2BKaunter.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/mohon-bantu-sebarkan-pekerja-bangla.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/mohon-bantu-sebarkan-pekerja-bangla.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy