.

Makan Durian Siam Campur Coca-Cola Boleh Jejas Kesihatan Serius

SHARE:

KUALA LUMPUR:  Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam pengambilan buah-buahan dan sayuran kerana dibimbangi mengandungi b...

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam pengambilan buah-buahan dan sayuran kerana dibimbangi mengandungi bahan kimia berbahaya yang digunakan sebagai bahan pengawet.
Pensyarah Program Sains Pemakanan dan Teknologi, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Noriham Abdullah berkata, pengemar buah-buahan dan sayuran mungkin berdepan risiko kemudaratan kesihatan sekiranya produk tersebut disuntik atau dicampur bersama racun serangga atau 'pesticides' dalam kuantiti banyak.
“Sayur atau buah yang terlalu segar boleh menimbulkan keraguan terhadap penggunaan bahan kimia 'pesticides' terutamanya dengan penggunaan dos yang tinggi.
“Buah seperti mata kucing kebiasaannya banyak bahan kimia,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang tersebar di laman sosial baru-baru ini mengenai durian siam yang didakwa berbahaya kerana dipercayai direndam bersama bahan beracun untuk mengekalkan rasa dan warna buah tersebut.
Selain itu, menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam turut tersebar dakwaan seorang pelancong asing Cina yang berkunjung ke Thailand meninggal dunia selepas menikmati durian bersama minuman berkarbonat, Coca-Cola.
Mengulas perkara tersebut, Dr Noriham menyatakan sehingga kini pihaknya masih belum melakukan kajian saintifik mengenai kesan sampingan terhadap pengambilan makanan tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ia boleh memberi kesan yang serius bergantung kepada keadaan individu berkenaan.
“Namun, kehadiran komponen bio aktif di dalam durian dan Coca-Cola itu sendiri memungkinkan berlaku interaksi tetapi bergantung kepada keadaan individu.
“Keadaan individu itu pula dipengaruhi oleh banyak faktor termasuklah pengambilan ubat sampingan atau mungkin individu itu mengidapi penyakit yang menyebabkan bahan kimia yang diambilnya berinteraksi dengan komponen bio aktif yang wujud dalam durian atau minuman itu,” jelasnya.
Beliau turut menyarankan kepada orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak berdepan dengan risiko penyalahgunaan bahan kimia dalam sayuran dan buah-buahan.
“Apa yang boleh dilakukan adalah merendam bahan (sayuran atau buah) terlebih dahulu di dalam air bersama garam atau sodabikarbonat untuk meneutralkan semula bahan kimia yang mungkin digunakan,” ujarnya - mD'
 Foto yang tersebar di laman sosial baru-baru ini mengenai durian siam yang didakwa berbahaya kerana dipercayai direndam bersama bahan beracun untuk mengekalkan rasa dan warna buah tersebut.

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Makan Durian Siam Campur Coca-Cola Boleh Jejas Kesihatan Serius
Makan Durian Siam Campur Coca-Cola Boleh Jejas Kesihatan Serius
https://1.bp.blogspot.com/-mnWl9NZkyAs/Vrqp4Axt1yI/AAAAAAAAROM/4Lc6HOYiZlE/s640/10468636_824439137640506_8580378252945281670_n.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-mnWl9NZkyAs/Vrqp4Axt1yI/AAAAAAAAROM/4Lc6HOYiZlE/s72-c/10468636_824439137640506_8580378252945281670_n.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/makan-durian-siam-campur-coca-cola.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/makan-durian-siam-campur-coca-cola.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy