.

Kisah si Anep seorang pekerja yang tak disangka. Jangan tengok pada rupanya!

SHARE:

Ini staf saya, nama nya Anep. Ini kisah Anep. Anep dah 3 tahun bekerja dengan saya, gayanya bukan macam orang senang. Anep ni masa inte...

Ini staf saya, nama nya Anep. Ini kisah Anep.
Anep dah 3 tahun bekerja dengan saya, gayanya bukan macam orang senang. Anep ni masa interview dulu dia macam memaksa-maksa saya ambil dia kerja, dropout dari UiTM dalam bidang grafik, tapi ada ilmu dalam bidang tu untuk bekalan kerja, desakan dia buat saya ambil dia kerja. Hari hari datang ofis tanya :
Macam mana dapat tak saya kerja tu?
Saya belum pernah jumpa orang muda macam Anep.
Masa mula mula dia masuk kerja, dalam 1 bulan yang pertama lagu yang dimainkan kebanyakan lagu “skrillex” saya pun keliru, mungkin dia juga keliru waktu itu. Sebab gaya dan penampilanya tak begitu.
Lepas sebulan tu, saya nampak dia solat, dia tak pernah miss, lagu yang dimainkan di komputernya sudah mulai lain. Ceramah ustaz-ustaz sudah menjadi sajiannya. Setiap waktu setiap minit. Sampai saya pun dah mula suka mendengar, dan menjadi trend kejap di pejabat semua pakat guna earphone masing masing dengar ceramah. Waktu tu pulak Ustaz Azhar Idrus sedang popular, memang saya fasih kejap lorat ganu.
Budak ni memang lain macam, sebab…
Ada sekali tu kami di luar kawasan, partner saya Azizul Ridzuan terima pangilan Anep.
Anep : Zul, nak makan gula-gula atas meja ni boleh?
Zul : eh…Makanlah! Memang untuk semua makan.
Saya terkejut dengan perbualan ni, sebab Anep di bawah jagaan Zul. Saya kurang berurusan dengannya jadi saya kurang faham karekternya.
Bayangkan nak makan sebiji gula siap call dulu tanya boleh ke tak?
Anep pergi kerja naik basikal, jaraknya dalam 5 KM, dulu pernah saya nak beri dia skuter, dia tak nak.
Katanya takda lesen, saya nak belanja dia lesen, dia tak nak, tup-tup baru baru ni dia dah ada lesen. Saya nak bagi dia motor dia tak nak. Erm sayup hati saya, baiknya budak ni.
Nak minum air di ofis, dia call jugak tanya…Nak minum air boleh? Sebak saya dengar soalan ni. Pendek kata semua benda dia mintak izin.
Saya tak pernah dengar dia mengeluh pasal kerja. Apa yang kita suruh dia buat kita jangan risau, mesti setel dengan cemerlang.
Kalau cerita pasal waktu kerja memang tiptoplah, sampai saya rasa memang tak kesah lah kalau dia nak masuk pukul berapa pun, sebab dia tak pernah lansung buat hal. Kalau bab cuti memang jarang sangat dia cuti.
Ada sekali waktu petang dia tak ada di pejabat, saya keluar naik motor, saya ternampak dia, kebetulan lalu pula kereta zul dia nampak dia menyorok. Saya follow dia tanpa dia tau. Alih alih dia ke surau! Jarak lebih kurang 500 meter, basikal dia yang ada dia tak guna! Saya yang leka terus rasa insaf waktu tu.
Budak ini sanggup jalan kaki, dan sanggup sorok kebaikan dia sebab nak pahala lebih, kita?
Semalam di pejabat dia angkat plastik tisu tunjuk pada saya, dia nak guna, saya cakap tak boleh!
Dia letak balik ! Saya pun sapa dia…gurau jela…guna la Nep…dia senyum…
Banyak lagi kebaikan dan kesantunan budak ini yang saya tak larat nak taip.
Waktu bisnes saya dalam keadaan parah, saya pernah terlintas nak buang dia, tak boleh rasanya nak bayar gaji. Tapi Allah tolong saya. Sampai ke harini masih dia ada.
Kadang kadang rezeki seorang bos itu bukan dari perbuatan bos tu sendiri, mungkin dari rezeki pekerjanya. Pernah orang pesan kat saya :
“setiap pekerja tu ada rezeki dia untuk kita”
Saya setuju dengan ini.
Kesimpulanya, jangan kita ambil hak orang tanpa pengetahuan orang, setiap sebutir gula pun walau hak orang ia tetap hak orang.
Dan jika mampu mengaji pekerja jangan di khuatir, insya-Allah setiap dari mereka ada rezeki rezekinya.
Juga berbuat baiklah dengan pekerja-pekerja kita jangan nak mengamuk 24jam. Kalau tak betul tegur, kalau tak betul jugak marah! Hahaha!
Saya sangat berharap orang seperti Anep ini berjaya 1 hari nanti, saya bercadang nak jadikan dia rakan kongsi saya. Semoga semuanya di permudahkan.
Semoga dengan kemasukan 1.5 juta pekerja asing ni, membakar semangat rakyat Malaysia untuk lebih berdaya saing dalam menjalankan tugas masing masing.
Selamat bekerja semua! Kerja itu ibadah laksankan dengan penuh tanggungjawab!
Jika perkongsian ini bermanfaat, kongsikan supaya ian dapat menjadi tauladan buat semua.
DEEN,
Usahawan undergound.
Ditulis Oleh Mohd Shariffuddin via Facebook - Sumber

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Kisah si Anep seorang pekerja yang tak disangka. Jangan tengok pada rupanya!
Kisah si Anep seorang pekerja yang tak disangka. Jangan tengok pada rupanya!
https://1.bp.blogspot.com/-AolVcgzaM7w/VssHGl3qmlI/AAAAAAAAL-A/M8coV60eInQ/s640/Kisah-si-Anep-seorang-pekerja-yang-tak-disangka.-Jangan-tengok-pada-rupanya-.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-AolVcgzaM7w/VssHGl3qmlI/AAAAAAAAL-A/M8coV60eInQ/s72-c/Kisah-si-Anep-seorang-pekerja-yang-tak-disangka.-Jangan-tengok-pada-rupanya-.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/kisah-si-anep-seorang-pekerja-yang-tak.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/kisah-si-anep-seorang-pekerja-yang-tak.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy