.

Kisah Sebenar Remaja Kena Rasuk Duduk Atas Bumbung Surau

SHARE:

PETRA JAYA – Bomba berjaya memujuk dan membawa turun seorang remaja lelaki dipercayai dirasuk makhluk halus hingga duduk atas bumbung seb...


PETRA JAYA – Bomba berjaya memujuk dan membawa turun seorang remaja lelaki dipercayai dirasuk makhluk halus hingga duduk atas bumbung sebuah surau di Bandar Baru Samariang di sini, malam tadi.

Remaja berusia 15 tahun itu, dipercayai dirasuk makhlus halus dan naik atas bumbung dengan memanjat pokok atau kanopi yang dipasang berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya Muhd Mirza Dzalmira Miraj berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba cuba naik dengan meletakkan tangga di sisi bangunan.

Bagaimanapun, remaja terbabit menyepak tangga yang diletakkan dan menjeling dengan muka bengis pada anggota bomba yang menyuluh lampu ke arahnya.

“Ketika azan berkumandang, remaja terbabit beberapa kali memukul pembesar suara.

“Kami terpaksa tenangkan dia dan tunggu sehingga betul-betul dia tenang sebelum tiga anggota berjaya memegang badan mangsa.

“Kami pegang dia erat-erat sehingga dia lemah, pujuk sambil membacakan ayat Al-Quran dan bawa dia turun,” katanya.

Mirza berkata, remaja terbabit kemudian diserahkan kepada bapanya untuk dibawa berubat secara tradisional.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya terbabit dalam khidmat khas ini sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 malam.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.09 malam,” katanya. – Harian Metro

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Kisah Sebenar Remaja Kena Rasuk Duduk Atas Bumbung Surau
Kisah Sebenar Remaja Kena Rasuk Duduk Atas Bumbung Surau
http://i2.wp.com/www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2016/02/14atap.jpg?resize=700%2C525
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/kisah-sebenar-remaja-kena-rasuk-duduk.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/kisah-sebenar-remaja-kena-rasuk-duduk.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy