.

Kisah Sebenar Budak Perempuan Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan Di Sekolah

SHARE:

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis dalam kawasan ...


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis dalam kawasan Sekolah Rendah Agama JAIM Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai, di sini, hari ini.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit dipercayai terjatuh ke dalam salah satu daripada empat lubang najis kumbahan sedalam kira-kira 3.6 meter ketika bermain dengan beberapa rakannya pada waktu rehat kira-kira jam 4.45 petang.







Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, seramai lapan termasuk satu pegawai  bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 4.53 petang dan sampai 18 minit kemudian.

“Sebaik sahaja sampai, kita dapati keempat-empat lubang kumbahan dihubungkan dalam satu tangki besar yang dipenuhi air najis sedalam kira-kira 12 kaki.

"Sebaik operasi menyedut air dilakukan, anggota bomba mula memasuki ke dalam tangki sebelum menemui mangsa tidak sampai seminit,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Masri, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Merlimau dan dibawa ke Hospital Muar untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang wanita yang enggan dikenali berkata, kejadian diketahui semasa seorang murid memberitahu guru besar yang berada di kantin bersama guru dan murid lain.

“Murid tu kata: 'Cikgu, ada budak masuk air’. Bila ditanya lanjut murid tu beritahu budak berkenaan masuk dalam lubang kumbahan di belakang sekolah sebelum semua bergegas ke situ.

"Lubang ini sebelum ini ditutup dengan fiber (gentian kaca) dan kawasan ini tidak berpagar,” katanya ketika ditemui, di sini.

Ketua Polis Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Kisah Sebenar Budak Perempuan Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan Di Sekolah
Kisah Sebenar Budak Perempuan Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan Di Sekolah
http://2.bp.blogspot.com/-1YJdHEdSTLo/Vq__rSIeSqI/AAAAAAAAi9E/kcrmx--O7PU/s640/1.jpeg
http://2.bp.blogspot.com/-1YJdHEdSTLo/Vq__rSIeSqI/AAAAAAAAi9E/kcrmx--O7PU/s72-c/1.jpeg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/kisah-sebenar-budak-perempuan-maut.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/kisah-sebenar-budak-perempuan-maut.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy