.

(Kisah Pengajaran) Si Gadis Mimpi Jumpa Ibunya Di Neraka Jahanam

SHARE:

Diceritakan kisah berikut berlaku ketika di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Suatu ketika datang seorang gadis menemui Rasulullah صلى...


Diceritakan kisah berikut berlaku ketika di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Suatu ketika datang seorang gadis menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam saku bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم menegurnya; “Wahai anakku! Kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya; “Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.”
“Jika tidak menjadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.” Rasulullah صلى الله عليه وسلم mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

Jawab gadis tadi. “Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.”
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

Seterusnya menyambung ceritanya; “Kemudian aku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir, yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lantas aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi (Telaga Kautsar). Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah! Ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.”

Dan dijawab oleh ayahku; “Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.”

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa kamu ya Rasulullah.”
.
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah صلى الله عليه وسلم kemudian meletakkan tongkat Baginda ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah Ta’ala. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Wahai anakku! Pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.”
.
Keinsafan daripada cerita ini, marilah kita mendidik jiwa agar menjadikan amalan bersedekah  sebagai suatu yang suci murni lagi terpuji di samping keperihatinan kita dengan nasib dan kesusahan orang lain seperti mana yang amat dituntut oleh Islam.

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tiga perkara aku bersumpah menegaskan kebenarannya iaitu tiadalah berkurangan harta seseorang disebabkan bersedekah. Tiadalah seseorang yang dizalimi itu bersabar, melainkan Allah SWT menambahkan dia kemuliaan. Dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah, melainkan Allah SWT membukakan kepadanya pintu kepapaan. Aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran untuk dijadikan ikhtibar.”   (Hadis Riwayat Abu Kabsyah al-Anmari r.a.)
.
والله أعلم بالصواب

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: (Kisah Pengajaran) Si Gadis Mimpi Jumpa Ibunya Di Neraka Jahanam
(Kisah Pengajaran) Si Gadis Mimpi Jumpa Ibunya Di Neraka Jahanam
https://1.bp.blogspot.com/-hMRjwlow6ts/VseSAzb4y4I/AAAAAAAAACY/zMTVTzzK4jg/s640/neraka-jahanam.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-hMRjwlow6ts/VseSAzb4y4I/AAAAAAAAACY/zMTVTzzK4jg/s72-c/neraka-jahanam.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/kisah-pengajaran-si-gadis-mimpi-jumpa.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/kisah-pengajaran-si-gadis-mimpi-jumpa.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy