.

Ini Kisah Adik Yg Viral : Bapa Amsyar Kongsi Tip Didik Anak Solat Sejak Kecil Termasuk Solat Duha

SHARE:

Ketika murid lain menghabiskan masa rehat di kantin dan bermain, anak ini pula ke surau sekolah untuk menunaikan solat sunat duha. Bukan ...


Ketika murid lain menghabiskan masa rehat di kantin dan bermain, anak ini pula ke surau sekolah untuk menunaikan solat sunat duha. Bukan sekali sekala tapi itu rutinnya setiap hari.

Salah seorang guru terdetik untuk merakam gambarnya yang sedang menunaikan solat sunat duha lalu memuat naik di laman sosial. Sekelip mata gambar tersebut menjadi viral dan anak tahun satu bernama Muhammad Haziq Amsyar dikenali (kanan dalam gambar).

Rata-rata komen di laman sosial meluahkan rasa kagum dengan peribadi anak kecil yang dipanggil Amsyar ini. Bagi bapanya, Ahmad Mustamam Alang Ahmad, 39, dia terkejut dberitahu gambar anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kota Bharu mula tersebar.

“Saya tahu tentang perkara ini apabila ada rakan berkongsi gambar berkenaan melalui aplikasi WhatsApp. Memang saya terkejut apabila ia diviralkan. Tapi, bagi saya itu perkara biasa sahaja. Sebab Amsyar memberitahu, ada kala murid lain juga turut menyertainya,”katanya.

Gambar inilah yang viral dilaman sosial beberapa hari lalu.

Ditanya caranya mendidik anak, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, Pasir Mas, ini memberitahu, dia dan isteri yang juga doktor di Klinik Kesihatan Bandar, Tengku Nor Adlina Raja Hussin, 36, sempat berkongsi perkara berikut:

1. Ajar solat lima waktu sejak usia lima tahun
“Saya dan isteri amat mementingkan akhlak anak-anak. Didikan solat lima waktu diajar sejak kecil lagi dan Amsyar mula solat penuh sejak usia 5 tahun. "Tambahan pula, dia berdisiplin dan kadang-kadang dia pula menunggu kita solat berjemaah. Solat duha, dia mula amalkan pada tahun ini tanpa meninggalkannya. Kami ajar dia sendiri dan Alhamdulillah, dia mudah ingat."

2. Hantar anak mengaji dengan nenek
“Amsyar mengaji al-Quran dengan neneknya dan kami tidak pernah menghantarnya ke kelas mengaji khas. Sekarang, dia boleh membaca dengan baik 15 juzuk al-Quran”

3. Hantar anak sekolah sejak usia 4 tahun
Kata Ahmad Mustamam, dia mula menghantar Amsyar ke sekolah sejak usia empat tahun lagi di tadika swasta berdekatan kediamannya.

4. Galak anak ajak rakan solat bersama
Akui Amsyar; “Awal-awal dulu, memang saya seorang sahaja. Namun, ayah suruh ajak kawan-kawan solat bersama. Mereka juga turut sertai saya di surau."

5. Sikap anak itu sendiri
“Amsyar sama seperti budak lain juga, cuma dia jenis yang pentingkan kesempurnaan.”

Dalam pada itu kata Amsyar yang juga anak sulung daripada empat adik-beradik ini, tiada masalah untuk dia menunaikan solat duha di sekolah kerana ia dilakukan pada waktu rehat.
“Apabila tiba waktu rehat, saya akan makan bekal yang diberi ibu terlebih dahulu dan kemudiannya baru solat."

Ibarat kata sejuk perut ibu mengandung, semoga sikap anak kecil ini berterusan hingga dewasa dan perkongsian ringkas ibu bapanya ini memberi manfaat kepada ibu bapa lain.

Sumber : Sinar Harian

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Ini Kisah Adik Yg Viral : Bapa Amsyar Kongsi Tip Didik Anak Solat Sejak Kecil Termasuk Solat Duha
Ini Kisah Adik Yg Viral : Bapa Amsyar Kongsi Tip Didik Anak Solat Sejak Kecil Termasuk Solat Duha
http://www.vanillakismis.my/polopoly_fs/1.486288.1455697784!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_300/image.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-8oB4ncaroSo/VsUeIhSYlCI/AAAAAAAARfk/xyW1qumqOhY/s72-c/solat.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/ini-kisah-adik-yg-viral-bapa-amsyar.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/ini-kisah-adik-yg-viral-bapa-amsyar.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy