.

"Ini Akan Melibatkan Kerjaya Saya, Tak Bolehkah Kita 'settle' Tepi Bang" - Penjawat Awam Bertudung Beri alasan Tak Munasabah Apabila Kantoi Di Pejabat

SHARE:

Seorang penjawat awam wanita ditahan bersama pasangannya di Sebuah pejabat RISDA di daerah ini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi sem...


Seorang penjawat awam wanita ditahan bersama pasangannya di Sebuah pejabat RISDA di daerah ini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Wanita terbabit yang bekerja di utara tanah air merayu kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat supaya tidak ditahan dalam serbuan itu.

Wanita itu memberi alasan yang tidak munasabah kepada pegawai bertugas dengan mengatakan:

“Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita 'settle' tepi bang,” katanya.
Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, wanita berusia 20an itu didapati berada dalam keadaan yang mencurigakan bersama pasangannya.

Menurutnya, anggota dan pegawai penguatkuasa juga terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel bajet tersebut.

“Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka ini tidak mempunyai hubungan yang sah dan turut menyatakan baru sahaja berkenalan sekitar enam bulan lalu serta berhasrat untuk bernikah.

“Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama wanita terbabit kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penjawat awam,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel dan melakukan perkara yang mencurigakan.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua- duanya sekali.

“Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut sebagai pengajaran kepada mereka.

“Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. JAIJ akan terus mengadakan lebih banyak serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas daripada maksiat,” katanya - Sumber



COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: "Ini Akan Melibatkan Kerjaya Saya, Tak Bolehkah Kita 'settle' Tepi Bang" - Penjawat Awam Bertudung Beri alasan Tak Munasabah Apabila Kantoi Di Pejabat
"Ini Akan Melibatkan Kerjaya Saya, Tak Bolehkah Kita 'settle' Tepi Bang" - Penjawat Awam Bertudung Beri alasan Tak Munasabah Apabila Kantoi Di Pejabat
https://2.bp.blogspot.com/-6zpBQVw7kaw/VsN9gYSSXCI/AAAAAAAABMw/blp1mNjVMQM/s640/kantoi%2Blagi.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-6zpBQVw7kaw/VsN9gYSSXCI/AAAAAAAABMw/blp1mNjVMQM/s72-c/kantoi%2Blagi.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/ini-akan-melibatkan-kerjaya-saya-tak.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/ini-akan-melibatkan-kerjaya-saya-tak.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy