“Semua benda kau nak curi, bahagianya kau hidup dengan barang curi. Harap bertaubat”
Rakan serumahku seorang pencuri | Muka cantik, tapi sayangnya perangai tak secantik wajahnya yang manis.
Ada siapa-siapa kenal perempuan yang bertudung hitam ini tak? Nama dia Safinah binti Hashim atau Pina. Nombor telefon 014-9446607, iPhone user opienamiena@icloud.com.
Dia bekas penyewa rumah saya. Pada malam sebelum kejadian, dia telah keluar pindah dari rumah sewa tetapi tidak memulangkan kunci kepada tuan rumah.
Dia keluar pindah pada malam itu secara mengejut dengan alasan dapat minta tukar kerja di Kedah sebab memudahkan dia untuk menghantar bapanya ke Darulsyifa, sakit akibat terkena buatan orang, katanya.
Dia telah pecah masuk bilik kami (saya dan kawan) pada sekitar jam 8 pagi sampai 12.59 tengah hari bertarikh 12 May 2015.
Antara barang yang dia curi adalah handbag Pedro yang bernilai RM289, handbag Bonia RM800+, jam tangan jenama Swatch bernilai RM300+, alat solek bernilai lebih daripada RM200+, baju berjenama (bukan sehelai tetapi berhelai-helai antara G2000, TopMan, Kitschen, Padini, MNG, Scarlet, Arcadia), Contact Lens (sepasang dah pakai, grey and sepasang yang belum pakai, blue), aksesori iPhone (2/3 casing, earpod for iPhone) dan mungkin banyak lagi barang yang kami masih tak perasan dia ambil.
Kami telah membuat laporan polis pada 12 May 2015 pada jam 11.03 petang di Balai Polis Saujana Utama. Tindakan selanjutnya akan diambil kepada Safinah.
Kepada sesiapa yang mengenali pencuri ini, silalah nasihatkan dia supaya berhenti mencuri. Tak berkat hidup dengan barang-barang curi.
Lagi satu, jangan guna alasan bapa sakit atau guna nama Tuhan untuk selamatkan diri daripada dituduh mencuri. Suspek cuma dua orang yang boleh akses masuk ke rumah. Kau dan lagi seorang.
Tetapi kau dah buktikan sendiri kebodohan kau dalam gambar ini. Mungkin kami memang tak ada langsung harapan untuk dapat balik semua barang-barang kami itu. Tapi kalau nak pulangkan pun Alhamdulillah.
“HARAP BERTAUBAT"

fsdfs
Perempuan pencuri
Dalam gambar kanan bersama Safinah bersama handbag Pedro (berwarna biru).Gambar kiri bawah, gambar aku dengan beg yang sama.
Monopod itu siapa punya? Make up itu guna siapa punya? Semua benda kau nak curi, bahagianya hidup dengan barang curi.
___________________________________________________________
Demikian pendedahan yang dilakukan oleh mangsa, Haslinie Hashim, yang berang dengan barang-barang mereka dicuri oleh bekas rakan serumah yang kini hilang entah kemana.
Wajah nampak seperti baik dan cantik, tetapi rupa-rupanya mempunyai niat yang tak baik. Kes seperti ini kerap berlaku dan para penyewa perlulah berhati-hati dengan rakan serumah.
Bukan hendak mengajar anda berburuk sangka, tetapi ada baiknya kita berhati-hati. Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Bukan juga berniat untuk mengaibkan si pelaku, tetapi sebagai pengajaran buat si pelaku ini. Di era pemodenan ini tiada apa yang terlepas.
Kdt – Thehypemedia.com