.

Ganjaran RM900 ribu untuk Tebang Pokok Kurma Ini

SHARE:

Ganjaran RM900 ribu untuk Tebang Pokok Kurma Ini JEDDAH: Seorang hartawan dan pelabur Arab Saudi sanggup  menawarkan  ganjaran seba...

Ganjaran RM900 ribu untuk Tebang Pokok Kurma Ini


JEDDAH: Seorang hartawan dan pelabur Arab Saudi sanggup menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta riyal (RM898,000) kepada sesiapa yang dapat menebang sepohon kurma di luar pusat beli-belah yang dalam pembinaan, lapor akhbar Al Youm.

Tawaran itu bukan saja lumayan, tetapi juga menarik kerana ada kisah unik di sebalik misteri pokok kurma itu sendiri yang terus berdiri di tengah-tengah kawasan letak kereta pasar raya berkenaan.

Biarpun sepohon, pokok kurma itu bukan seperti pokok kurma lain kerana didakwa 'berpenghuni' atau menjadi rumah sekeluarga jin, sebagaimana didakwa beberapa guru agama yang dipanggil bagi membantu meleraikan halangan menumbangkan pohon itu.

Ada berani? Tebang pohon kurma ini dan terima ganjaran Rm898,000!!

Berikutan itu, semua usaha menebangnya, daripada cara tradisional menggunakan kapak, jentolak sehinggalah ke mesin gergaji, terbukti gagal menumbangkan pohon kurma itu.

Jentolak yang digunakan pula daripada yang kecil sehinggalah besar, tetapi masih gagal menyebabkan pengurus projek serta hartawan berkenaan, pening kepala.

Malah, jin berkenaan didakwa mengamuk dan mengganggu pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat lain bangunan itu selain menjejaskan operasi pembinaan pusat beli-belah berkenaan.

Jin itu turut dikaitkan sebagai punca kematian seorang pekerja yang terjatuh daripada bangunan itu ketika bertugas.

Apa yang pasti, pohon kurma itu masih gagah berdiri dan tawaran ganjaran lumayan itu masih terbuka sehingga sekarang. - Agensi

Sumber : newsmetrodaily

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Ganjaran RM900 ribu untuk Tebang Pokok Kurma Ini
Ganjaran RM900 ribu untuk Tebang Pokok Kurma Ini
https://4.bp.blogspot.com/--m350tbSr-E/VZv-uXBdHvI/AAAAAAAABjA/JcxIqWkhvaY/s1600/Ganjaran%2BRM900%2Bribu%2Buntuk%2BTebang%2BPokok%2BKurma%2BIni.jpg
https://4.bp.blogspot.com/--m350tbSr-E/VZv-uXBdHvI/AAAAAAAABjA/JcxIqWkhvaY/s72-c/Ganjaran%2BRM900%2Bribu%2Buntuk%2BTebang%2BPokok%2BKurma%2BIni.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/ganjaran-rm900-ribu-untuk-tebang-pokok.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/ganjaran-rm900-ribu-untuk-tebang-pokok.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy