.

Gadis Ranau Hampir Menjadi Mangsa Rogol oleh Bekas Majikan

SHARE:

RANAU, 9 Februari 2016: Seorang gadis Ranau telah hampir menjadi mangsa rogol oleh bekas majikannya telah menyebarkan cerita sebenar d...


RANAU, 9 Februari 2016: Seorang gadis Ranau telah hampir menjadi mangsa rogol oleh bekas majikannya telah menyebarkan cerita sebenar didalam Facebook akaun keduanya agar mendapat sokongan moral daripada pengguna media sosial dan masyarakat umum di Sabah.

Mangsa yang dikenali dengan nama sebenar Harnefer Johumin, bekas graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2015 telah bertindak berani dengan menceritakan hal sebenar yang telah berlaku kepada dirinya melalui media sosial Facebook dengan menggunakan akaun profil Facebook keduanya.

Ini kerana akaun Facebook pertamanya telah dicerobohi oleh bekas majikannya yang telah disahkan oleh beliau sendiri “telah mengambilalih” akaun tersebut daripadanya sehingga sekarang melalui maklumat yang diperolehi daripada telefon pintar yang dirampas daripadanya pada dua minggu yang lalu.

Melalui perkongsian ceritanya yang telah dikongsikan didalam akaun Facebooknya keduanya, beliau yang telah bekerja disebuah Firma Perunding yang bernama Fernandez and Fernandez Consulting sejak bulan Ogos 2015 sehingga Disember 2015 telah diganggu oleh bekas majikannya yang bernama Callistus Fernandez.

Bekas majikannya yang berumur dalam lingkungan 40 tahun, berbangsa India yang berasal daripada Semenanjung Malaysia (Malaya) sebenarnya telah menaruh perasaan dan mahu menjalinkan hubungan sebagai kekasih dengannya namun setelah mendapat tahu bahawa mangsa tersebut sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan, bekas majikannya telah bertindak diluar jangkaan dengan berusaha untuk mengugut dan mengancam diri mangsa.

Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila bekas majikannya ini hampir merogolnya dengan mencekik leher dan meramas tubuhnya di Beverly Hill, Penampang pada tarikh 31 Januari 2016, sekitar jam 4-5 petang di kawasan letak kereta.

Akaun Facebook terbaru mangsa di sini https://www.facebook.com/profile.php?id=100006822677488&fref=nf

Akaun dicerobohi2

Walaubagaimanapun, gadis Ranau yang hampir menjadi mangsa rogol oleh bekas majikannya ini telah berjaya melepaskan diri dan hanya mempunyai kekuatan untuk membuat laporan Polis pada 5 Februari 2016 di Balai Polis Ranau bersama-sama dengan ibu dan bekas tunangnya.

Menurut mangsa, bekas majikannya ini sebenarnya sudah berkahwin namun telah ditinggalkan oleh isterinya. Selain itu, firma perunding bekas majikannya merupakan seorang Juruperunding Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Bekas majikannya juga mendakwa bahawa semua ADUN dan MP Sabah akan tunduk kepadanya kerana dia merupakan perantara Najib Razak di Sabah.



Tambahan kepada informasi yang diberikan olehnya, MP Ranau iaitu YB.Datuk Ewon Ebin adalah orang yang sangat rapat dengannya. Ugutan demi ugutan berserta dengan ancaman digunakan oleh bekas majikannya terhadap diri dan keluarganya telah dilakukan tanpa henti sehingga sekarang.

Perkara yang lebih mengejutkan lagi apabila bekas majikannya memberitahu kepadanya bahawa tindakan untuk tidak melepaskanya yang dilakukan bekas majikannya adalah berdasarkan atas nasihat daripada seorang Inspektor yang bertugas di Balai Polis Penampang yang bernama Inspektor Najib.

Dengan menggunakan segala pengaruh dan kedudukannya sebagai seorang Juruperunding Perdana Menteri Malaysia, bekas majikannya telah memberikan tekanan psikologi, emosi dan ancaman keselamatannya yang telah memaksa gadis Ranau ini untuk mengambil keputusan yang nekad untuk mempertahankan diri dan keluarganya daripada terus diugut dan diancam oleh bekas majikannya.

Berdasarkan informasi terkini, kes ini akan dibawakan ke Makhamah Megistrate.

Pihak Bobohizan akan memberikan liputan tentang perkembangan kes ini dari masa ke semasa kepada anda semua. Sumber: http://bobohizan.com/?p=1625

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Gadis Ranau Hampir Menjadi Mangsa Rogol oleh Bekas Majikan
Gadis Ranau Hampir Menjadi Mangsa Rogol oleh Bekas Majikan
https://fbcdn-photos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-0/p526x296/12509662_1106693169365622_9159234082615468534_n.jpg?oh=287cf42a5ad3acf4dc9c5a3847c0c2c5&oe=5733C0A6&__gda__=1466296734_fa87d5cec092a2e01cb140fd71d5dc43
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/gadis-ranau-hampir-menjadi-mangsa-rogol.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/gadis-ranau-hampir-menjadi-mangsa-rogol.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy