.

Foto Erra Fazira Pakai Bikini Semasa Mewakili Miss Malaysia World 1992

SHARE:

3 Gambar Erra Fazira Pakai Bikini Semasa Mewakili Malaysia  -  Pertandingan akhir ratu cantik   Miss Malaysia-World 1992   tel...


3 Gambar Erra Fazira Pakai Bikini Semasa Mewakili Malaysia - Pertandingan akhir ratu cantik Miss Malaysia-World 1992 telah berlangsung pada 23 Ogos di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Pertandingan tahun itu merupakan siri yang paling diingati ramai kerana seperti yang diketahui umum ia telah dimenangi oleh pelakon cantik iaitu Erra Fazira yang kini merupakan seorang pelakon terkenal. Ketika itu nama Erra belum dicipta dan beliau masih menggunakan nama asalnya Fazira.

Pertandingan akhir tersebut disertai oleh 14 orang gadis, iaitu:

  1. Priscilla Ku (24 tahun, berasal dari Melaka)
  2. Cecelia Leong (21, Wilayah Persekutuan)
  3. Lam Woon Nee (20, Perak)
  4. Cynthia Ong (18, Pulau Pinang)
  5. May Yeoh (19, Selangor)
  6. Jojo Tan (19, Johor)
  7. Chew Sing Yee (21, Pulau Pinang)
  8. Fazira Wan Chek (18, Wilayah Persekutuan)
  9. Liew Soo Fon (18, Sarawak)
  10. Wennie Chia (23, Selangor)
  11. Tina Chia (25, Sabah)
  12. Catherine Gripes (19, Sarawak)
  13. Cecelia Lim (25, Johor)
  14. Melissa Choy (25, Melaka)
Sebelum pertandingan akhir itu bermula, media cetak telah memberikan publisiti yang lebih kepada Fazira kerana statusnya sebagai "peserta Melayu tunggal". Akhbar tabloid Panca (Mingguan Malaysia) menggambarkan Fazira sebagai seorang yang mempunyai perawakan dan personaliti yang menarik,senyuman yang "mengancam", wajah yang anggun menawan dan jelinganmata yang menggoda. Fazira yang ketika itu masih berusia remaja dilaporkan sedang menuntut dalam bidang komputer di Cyma College, Petaling Jaya, dan beliau juga pernah muncul sebagai model iklan televisyen untuk bedak berjenama Zaiton.



Kemenangan Fazira dalam pertandingan Miss Malaysia-World 1992 itu telah melayakkannya menerima hadiah wang tunai sebanyak $6,000 berserta trofi dan lain-lain barangan berharga. Selain itu Fazira turut memenangi gelaran Miss Polignac Physique dan Miss Fuji Photogenic yang menyediakan hadiah wang tunai $1,000. Dengan kemenangan itu juga Fazira terpilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss World 1992 yang diadakan di Afrika Selatan pada Disember tahun itu.

Pemenang lain dalam pertandingan akhir Miss Malaysia-World 1992 itu ialahJojo Tan yang mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai $3,000, dan Cecelia Lim Mei Ping yang mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai $2,000. Kedua-dua mereka yang berasal dari Johor turut menerima trofi dan lain-lain barangan berharga.

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Foto Erra Fazira Pakai Bikini Semasa Mewakili Miss Malaysia World 1992
Foto Erra Fazira Pakai Bikini Semasa Mewakili Miss Malaysia World 1992
https://4.bp.blogspot.com/-VpdGUare7V8/Vs8Q-oEzqNI/AAAAAAAARp8/qYODIbVZQz0/s640/erra.png
https://4.bp.blogspot.com/-VpdGUare7V8/Vs8Q-oEzqNI/AAAAAAAARp8/qYODIbVZQz0/s72-c/erra.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/foto-erra-fazira-pakai-bikini-semasa.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/foto-erra-fazira-pakai-bikini-semasa.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy