.

Foto bunyi dengusan pelik dalam bilik air terbongkar...rupa-rupanya...

SHARE:

Sik: Seorang suri rumah nyaris dipatuk seekor ular tedung selar yang tiba-tiba bertindak agresif ketika memasuki bilik air di rumahnya di Ka...

Sik: Seorang suri rumah nyaris dipatuk seekor ular tedung selar yang tiba-tiba bertindak agresif ketika memasuki bilik air di rumahnya di Kampung Berona Kiri Dalam, Jeniang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi, wanita berkenaan, Khatijah Ibrahim, 36, dikatakan mahu mandi sebelum melihat reptilia terbabit sedang melingkar.

Khatijah berkata, ular tedung selar berkenaan bertindak agresif kerana terkejut dengan kehadirannya menyebabkan dia berlari keluar dan menjerit meminta pertolongan daripada jiran.

“Mujurlah saya ternampak awal kelibat ular tedung selar itu kerana terdengar bunyi dengus yang kuat di penjuru bilik air berkenaan.
ANGGOTA JPAM menunjukkan ular yang ditangkap.
“Ini pertama kali saya melihat ular tedung selar sebesar itu dan takut untuk memasuki bilik air kerana trauma seolah-olah ia masih ada di dalamnya. Lagipun jarak antara kami ketika itu hanya dua meter,” katanya.

Katanya, reptilia sepanjang lima meter berkenaan dipercayai memasuki rumahnya melalui lubang bilik air yang tidak tertutup untuk mencari air kerana musim panas.

“Ular tedung selar berkenaan sebelum itu dilihat penduduk menuruni bukit di belakang rumah dan tidak menyangka ia memasuki rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sik Mohd Muhkrij Md Sabir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.30 pagi sebelum lima anggota dihantar ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.

Menurutnya, reptilia seberat 10 kilogram berkenaan ditangkap dalam tempoh 10 minit sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112352?m=1#sthash.wLDepgyd.dpuf

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Foto bunyi dengusan pelik dalam bilik air terbongkar...rupa-rupanya...
Foto bunyi dengusan pelik dalam bilik air terbongkar...rupa-rupanya...
http://4.bp.blogspot.com/-tdAVWMIxeiE/VrMcxXKPPQI/AAAAAAABt4s/o-qZIbr0LWc/s640/tmp_28919-04hm07zrere.transformed525990121.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-tdAVWMIxeiE/VrMcxXKPPQI/AAAAAAABt4s/o-qZIbr0LWc/s72-c/tmp_28919-04hm07zrere.transformed525990121.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/foto-bunyi-dengusan-pelik-dalam-bilik.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/foto-bunyi-dengusan-pelik-dalam-bilik.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy