.

Dunia pilih Faiz

SHARE:

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak dunia mula memperkatakan jaringan unik Mohd Faiz Subri sehinggakan ada yang mencadangkannya dicalonkan u...

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak dunia mula memperkatakan jaringan unik Mohd Faiz Subri sehinggakan ada yang mencadangkannya dicalonkan untuk anugerah berprestij, Puskas Award.
Malah, portal berita sukan The Independent yang berpangkalan di United Kingdom turut membuat undian di kalangan netizen mengenai jaringan Faiz dan legenda Brazil, Roberto Carlos.
Sehingga artikel ini ditulis, 80 peratus daripada 3,483 pengundi bersetuju untuk anugerah jaringan terbaik sepanjang tahun itu diberikan kepada Mohd Faiz, pemain tengah Pulau Pinang yang berasal dari Air Itam, Kedah.
Menurut portal itu, lencongan bola Mohd Faiz bukan sahaja membingungkan penjaga gawang, tetapi juga melawan hukum fizik.
"Bola hasil rembatan kencang pemain tengah itu pada asalnya menuju ke satu arah, tetapi kemudiannya melencong dan menerjah ke penjuru atas gawang," kata portal itu dalam artikel bertajuk `Outrageous free-kick scored in Malaysian Super League an early contender for 2016 Puskas Award’.
Jaringan cantik itu juga dikatakan belum pernah dihasilkan oleh mana-mana pemain sejak kali terakhir dilakukan Roberto Carlos dalam perlawanan antara Brazil dan Perancis di Tournoi de France pada 1997.
Puskas Award dianugerahkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada masa yang sama dengan penganugerahan FIFA Ballon d'Or, iaitu anugerah individu paling berprestij dalam dunia bola sepak.
Jika Mohd Faiz menang, dia mengetepikan penyandang tahun lalu, Lionel Messi yang membuat jaringan ketika membantu Barcelona menang ke atas Athletic Bilbao, 3-1 dalam aksi final Copa del Rey.
Laman web luar negara iaitu mirror.co.uk pula berkata, jika memperkatakan mengenai rembatan Roberto Carlos, semua orang pasti teringatkan 'banana free-kick' yang dilakukannya 19 tahun lalu.
Namun sejarah unik bola sepak itu disifatkan tidak lagi unik, selepas jaringan Mohd Faiz mula diperkatakan.
Laman berkenaan kemudiannya meninggalkan pembaca dengan video sepakan percuma itu dengan ayat.
"Bukan garisan gol atau yang seumpamanya yang menjadi perhatian. Saksikan klip berkenaan... dan bersedia untuk percaya bahawa hukum fizik telah berubah selama-lamanya," kata laman berkenaan.
Artikel bertajuk `Puskas Award winner 2016? Watch the Malaysian free-kick so bendy it defies laws of physics’ itu telah dikongsi 17,097 - Hmetro Online

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Dunia pilih Faiz
Dunia pilih Faiz
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/dunia.transformed.jpg
https://i.ytimg.com/vi/QJR6ddjg9tY/default.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/02/dunia-pilih-faiz.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/02/dunia-pilih-faiz.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy