.

Tan Sri Yang Menembak Mati Seorang Penyamun Di Sebuah Klinik Di Cheras Semalam Adalah Ketua MCA Bahagian Raub Kini Hidup Dalam TARAUMA!!

SHARE:

Taikun balak, Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun lalu tetapi tidak pernah menggunakannya ...


Taikun balak, Tan Sri Lim Sing @ Lam Kam Sang memiliki lesen senjata api sejak lebih 20 tahun lalu tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah malam tadi.

Beliau menjadi bahan berita selepas anak jati Pahang itu menembak mati seorang perompak bersenjata sebuah klinik di Taman Permata, Cheras.

Berusia 68 tahun, Ketua Bahagian MCA Raub itu memberitahu beliau menghala pistol jenis Glock ke arah kumpulan perompak termasuk seorang yang berparang dan cuba menetaknya.

"Saya cuba mengelak dari melepaskan tembakan tetapi perompak itu terus mengancam mahu menetak saya. Saya terpaksa menembak beberapa das," kata Presiden Persatuan Dewan Perdagangan Cina dan Industri itu.

Taikun itu berkata, beliau datang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan tetapi berasa tidak sihat dan mengunjungi sebuah klinik.

"Selepas berjumpa doktor, saya menunggu giliran mengambil ubat. Tiba- tiba, dua lelaki bersenjatakan parang masuk ke klinik.

"Kemudian, seorang lagi perompak masuk dan menutup pintu gril dan kami terperangkap dalam klinik. Ketika itu, beberapa pesakit ada bersama doktor bersama tiga kakitangan dalam bilik rawatan.

Perompak merampas semua barangan mereka sebelum nampak Lim yang duduk di luar. Seorang daripada mereka menghampiri Lim yang kemudian mengeluarkan pistol dan memberi amaran supaya tidak mendekatinya.

"Perompak itu juga cuba merampas pistol saya. Selepas saya melepaskan tembakan, semua tiga lelaki itu lari dari klinik berkenaan," katanya.

Seorang daripada mereka kemudian ditemui mati kira-kira 30 meter dari klinik berikutan terkena empat tembakan.

Hanya beberapa selepas kejadian, Lim mengakui berasa tidak selesa di perutnya.

"Ini pertama kali saya 'dipaksa' menggunakan pistol saya. Saya berasa amat tidak selesa," katanya yang seakan-akan trauma dengan kejadian itu.

Bapa kepada enam anak itu memberi keterangan kepada polis sebelum membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Rawatan Universiti Kebangsaaan Malaysia.

Beliau baru-baru ini menerima anugerah Panglima Seri Mahkota dari Yang Di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Tan Sri Yang Menembak Mati Seorang Penyamun Di Sebuah Klinik Di Cheras Semalam Adalah Ketua MCA Bahagian Raub Kini Hidup Dalam TARAUMA!!
Tan Sri Yang Menembak Mati Seorang Penyamun Di Sebuah Klinik Di Cheras Semalam Adalah Ketua MCA Bahagian Raub Kini Hidup Dalam TARAUMA!!
http://2.bp.blogspot.com/-Pbx5BOqZHf0/VqYLPuqBgxI/AAAAAAAAQ_0/--Sv1jiwBak/s640/perompak%2Bditembak%2Bmati%2Btan%2Bsri.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-Pbx5BOqZHf0/VqYLPuqBgxI/AAAAAAAAQ_0/--Sv1jiwBak/s72-c/perompak%2Bditembak%2Bmati%2Btan%2Bsri.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/01/tan-sri-yang-menembak-mati-seorang.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/01/tan-sri-yang-menembak-mati-seorang.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy