.

Remaja Bawah Umur Hamil 6 Bulan Angkara Kekasih FB

SHARE:

Remaja Bawah Umur Hamil 6 Bulan Angkara Kekasih FB  |Sibu :Seorang lelaki sudah berkeluarga ditahan polis kerana disyaki melakukan hubung...

olp
Remaja Bawah Umur Hamil 6 Bulan Angkara Kekasih FB |Sibu :Seorang lelaki sudah berkeluarga ditahan polis kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan seorang remaja bawah umur sehingga mengandung.
Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Wagner Lisa Libut ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
“Kami telah melakukan tangkapan terhadap seorang suspek lelaki berumur 49 tahun di sebuah rumah di Kampung Jemoreng, Matu sekitar jam 12.50 tengah hari semalam (kelmarin),” katanya.
Katanya Perintah reman akan dimohon terhadap suspek untuk membantu siasatan polis berhubung kes tersebut.
Difahamkan, mangsa telah ditemani oleh bapa saudaranya pergi ke Balai Polis Matu Daro pada 21 Januari lalu.
Bertindak daripada maklumat, pasukan polis diketuai oleh S.I Winston Dana berjaya menangkap seorang suspek berbangsa Melanau. Difahamkan, mangsa telah berkenalan dengan suspek yang sudah pun mempunyai anak sulung berumur 27 tahun melalui laman sosial Facebook pada 2014 dan sejak itu, kedua-dua menjadi semakin akrab sehingga menjalin hubungan seks.
Mangsa pernah dibawa ke sebuah rumah kosong di kawasan Kampung Jemoreng dan dipercayai berlaku beberapa kali hubungan seks.
Manakala pada Ogos tahun lalu, mangsa mendapati dia tidak lagi datang haid namun enggan memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia telah mengandung.
Curiga perut mangsa semakin membesar, ibu mangsa bertanya kepadanya dan diberitahu anaknya bahawa dia telah menjalin hubungan intim dengan teman lelakinya.
Rahsia anaknya mula terbongkar selepas ibu mangsa mendapati anaknya telah mengandung dan dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengandung enam bulan.

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Remaja Bawah Umur Hamil 6 Bulan Angkara Kekasih FB
Remaja Bawah Umur Hamil 6 Bulan Angkara Kekasih FB
http://eberita.org/wp-content/uploads/2016/01/olp-1.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/01/remaja-bawah-umur-hamil-6-bulan-angkara.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/01/remaja-bawah-umur-hamil-6-bulan-angkara.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy