.

Proton Ertiga – apa akan jadi dengan Exora?

SHARE:

Proton nampaknya sudah hampir pasti akan memasang kenderaan model Suzuki dengan jenama Proton. Ini sememangnya satu perkembangan yang din...

Proton nampaknya sudah hampir pasti akan memasang kenderaan model Suzuki dengan jenama Proton. Ini sememangnya satu perkembangan yang dinantikan setelah Suzuki Automobiles dan Proton menandatangani perjanjian kolaborasi dan langkah pertama yang diambil ialah penghentian penjualan model Suzuki baru dan pusat pameran Suzuki bertukar menjadi pusat pameran Proton.
Suzuki sememangnya pakar dalam kenderaan kompak, dan paling penting, dan Suzuki sudah mempunyai model-model terbukti yang dijual di banyak negara seperti India, Indonesia dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kenderaan dari Suzuki lasak dan menjimatkan.
Suzuki-Hustler-road-bike-style-front-three-quarters-left
Suzuki Hustler hanya dijual di Jepun sahaja.
Careta dimaklumkan oleh sumber dalam industri bahawa Suzuki hanya membenarkan Proton memasang model-model Suzuki yang sudah mempunyak pek CKD. Ini bermakna, model-model JDM (model khusus untuk pasaran Jepun) berada di luar jangkaun Proton. Model Alto diberitakan tidak begitu kompetitif untuk Proton memasangnya kerana model Axia dari Perodua sudah bertapak kukuh di dalam segmen tersebut.
Antara model yang disebut akan menjadi model kolaborasi pertama Suzuki-Proton ialah model Ertiga terbaharu. Dari segi saiz, Ertiga terletak di antara Perodua Alza dan Proton Exora. Jadual di bawah dapat membantu.
Table MPV
Dari segi rekabentuk, Exora dan Alza nyata sudah perlu pembaharuan. Facelift ringan tidak dapat membantu, dan kerana itu Careta menjangkakan Proton akan melakukan perubahan besar kepada Exora (major facelift) sementara tiada berita dari Perodua mengenai Alza lagi.
2015-Proton-Exora-SP-001
Dari segi harga, Exora nyata paling tinggi pada RM65,622. Namun, Exora ialah MPV paling besar, paling lengkap dan paling bertenaga di antara ketiga-tiga model ini. Sebenarnya, Proton ada menjual Exora dengan enjin CPS pada harga RM55,500 tetapi khabarnya model dengan spesifikasi teksi itu sudah habis terjual.
Jadi apa akan jadi kepada Exora sekiranya Proton melancarkan Proton Ertiga di Malaysia nanti?
php7Nkvxs-55e68b244fe39
Pada pendapat Careta, Proton mungkin akan meletakkan Ertiga sebagai saingan hebat kepada Toyota Avanza dan Perodua Alza. Bagi Exora, ia akan dibaik pulih dan varian baru akan nampak lebih cantik, lebih lengkap dengan tambahan aksesori dan harga yang lebih tinggi, meletakkan ia hampir kepada model MPV besar lain seperti Toyota Innova ataupun model MPV kompak Jepun seperti Nissan Grand Livina.
Mungkin anda ada pendapat lain? Apa kata kongsikan bersama Careta di sini. sumber
New-Toyota-Innova-2016

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Proton Ertiga – apa akan jadi dengan Exora?
Proton Ertiga – apa akan jadi dengan Exora?
http://careta.my/wp-content/uploads/2016/01/suzuki-ertiga-645x400.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/01/proton-ertiga-apa-akan-jadi-dengan-exora.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/01/proton-ertiga-apa-akan-jadi-dengan-exora.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy