.

Pencarian 'Messi' berakhir

SHARE:

Jaghori (Afghanistan): Usaha mencari kanak-kanak lelaki yang dirakam memakai beg plastik dengan nama bintang bola sepak Lionel Messi, len...


Jaghori (Afghanistan): Usaha mencari kanak-kanak lelaki yang dirakam memakai beg plastik dengan nama bintang bola sepak Lionel Messi, lengkap dengan nombor yang ditulis dengan dakwat biru, berakhir.

Dia ialah Murtaza Ahmadi, kanak-kanak Afghanistan yang memang meminati bola sepak dan Messi.

Bapanya, Arif Ahmadi memberitahu wartawan, anaknya meminta dibelikan jersi bintang Argentina dan Barcelona itu, tetapi dia tidak mampu.

“Saya memberitahu dia kami miskin, tinggal jauh dari kota dan sukar mendapatkan jersi itu. Dia menangis sehingga abangnya, Hamayon membantu membuat jersi Messi daripada beg plastik. Dia berhenti menangis selepas memakai jersi plastik itu,” kata Arif.

Pengguna Internet mula mencari budak misteri itu pertengahan Januari lalu apabila seorang peminat akaun Leo Messi memuat naik gambar Murtaza di Twitter, menunjukkan dia memakai jersi plastik Messi.


Gambar itu hanya menunjukkan dia dari belakang dengan kapsyen ‘Budak di Iraq.’
Bagaimanapun, kapsyen itu tidak benar.

Budak itu sebenarnya ialah Murtaza yang tinggal bersama keluarganya di sebuah kampung di kawasan pedalaman Afghanistan.

Gambar terbaru tersebar menunjukkan Murtaza bergambar dengan bapa dan penduduk kampung lain dengan memakai jersi plastik Messi.

Ketika ditanya wartawan semalam, Murtaza berkata: “Jersi itu dibuat oleh abang saya. Kampung saya tidak mempunyai padang bola sepak. Yang saya ada hanyalah bola yang sudah bocor. Tetapi, saya suka Messi dan mahu bermain sepertinya apabila besar kelak.” - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/111413#sthash.GWu0YYMG.dpuf
- http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/afghanistan/12131609/Afghan-boy-with-homemade-football-shirt-says-he-wants-to-be-like-Messi-when-he-grows-up.html



COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Pencarian 'Messi' berakhir
Pencarian 'Messi' berakhir
http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/03563/messi2_3563367b.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/01/pencarian-messi-berakhir.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/01/pencarian-messi-berakhir.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy