.

Guru Cemerlang Wanita Rancang Bunuh Perdana Menteri

SHARE:

Selepas seorang wanita yang merupakan isteri kedua pegawai kanan SPRM didedahkan oleh Netizen menggelupur dan terpaksa berhelah kononnya a...

Selepas seorang wanita yang merupakan isteri kedua pegawai kanan SPRM didedahkan oleh Netizen menggelupur dan terpaksa berhelah kononnya akaun Facebooknya telah digodam dan digunakan oleh pihak lain menyiarkan pelbagai fitnah dan hasutan, sekali lagi warga Netizen mendedahkan tentang perilaku seorang guru wanita yang mengungkapkan kata-kata subversif berorientasikan jenayah.

Guru wanita berkenaan yang dikatakan pernah menerima anugerah Guru Cemerlang dan dikatakan masih bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Guru berkenaan berasal dari Kelantan, berdaftar sebagai seorang pengundi di lokaliti Padang Kala, DUN Melor dan Parlimen Ketereh.

Dalam postingnya yang amat menarik perhatian di Facebook, guru wanita yang berusia 36 tahun itu menyiarkan sekeping gambar kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja keluar dari pekarangan Istana Negara dan digiring oleh beberapa orang anggota polis trafik.

Katanya, “Huk aloh dia ni… nk kalah kt semua negeri kot…naik DAP esok mula2 skali bom jer dia ni ya… kalau naik PAS potong kaki tangan pastu hukum bunuh jer..mmg hukuman kt dunia lag itulah yang selayaknya.”

Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada warga Netizen yang menyifatkan wanita itu tersangat biadap dan sengaja mengundang natijah tindakan undang-undang ke atasnya. Malah ada yang beranggapan, wanita tersebut sedang mencabar undang-undang terutama yang berkaitan dengan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada ketika prestasi kakitangan awam sedang dipersoalkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia ekoran banyak kebocoran, kegagalan perlaksanaan serta unsur-unsur sabotaj terhadap Kerajaan Malaysia serta rakyat Malaysia secara keseluruhannya, tindakan guru tersebut sekali lagi membangkitkan persoalan yang sangat besar tentang penguatkuasaan di kalangan kakitangan awam yang nampaknya gagal memberikan fokus kepada tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya mereka galas, berbanding membuang masa dengan benda-benda yang tidak ada kaitan dengan bidang tugas mereka.
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menjanjikan satu siasatan menyeluruh akan dibuat ke atas guru tersebut termasuklah kenyataannya di Facebook.

Setakat ini, tidak banyak tindakan tatatertib dan disiplin yang diambil oleh kerajaan ke atas kakitangan mereka. Malah lebih banyak alasan-alasan bodoh yang diberikan untuk melindungi kakitangan awam yang telah menjadi parasit kepada masyarakat.

Harap-harap, guru berkenaan tidak pula menggunakan alasan popular dan standard yang akaun Facebooknya telah digodam dan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu seperti dalam kebanyakan kes-kes lain. sumber http://pilihan-anda.blogspot.my/2016/01/guru-wanita-cemerlang-rancang-bunuh.html


COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Guru Cemerlang Wanita Rancang Bunuh Perdana Menteri
Guru Cemerlang Wanita Rancang Bunuh Perdana Menteri
http://3.bp.blogspot.com/-jaknpBdhrEo/VqnULzZNdoI/AAAAAAABtrQ/fHIOp8rBqW0/s640/tmp_791-guru31671324053.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-jaknpBdhrEo/VqnULzZNdoI/AAAAAAABtrQ/fHIOp8rBqW0/s72-c/tmp_791-guru31671324053.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/01/guru-cemerlang-wanita-rancang-bunuh.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/01/guru-cemerlang-wanita-rancang-bunuh.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy