.

'Akak Lambat, Bukan Masalah Saya' - Staff AirAsia

SHARE:

Inilah nilai Melayu. Kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2016, di KLIA 2. Penerbangan saya dari Kuala Lumpur - Kota Kinabalu dijad...


Inilah nilai Melayu. Kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2016, di KLIA 2.

Penerbangan saya dari Kuala Lumpur - Kota Kinabalu dijadualkan pada jam 4.30 petang. Pekerja ini langsung tidak memberikan layanan yang bagus apabila saya cuba merayu dan menjelaskan punca saya tiba lewat. 

"Kenapa tak datang esok saja kak?" katanya.

Apa bengongnya? Kalau penerbangan esok, kena datang esoklah, gitu? Penerbangan saya dijadualkan hari ini, dan ini kali pertama saya terlambat.

Tetapi bila penerbangan AirAsia ditangguhkan, penumpang kena tunggu, tetapi bila penumpang lewat setengah jam sebelum departure, mereka langsung tak boleh bertolak ansur? Memang cekik darah AirAsia ini.

Berbalik kepada lelaki ini. Saya ingatkan dia akan menolong saya untuk check in sebab saya hanya terlambat 50 minit sebelum. Saya tak ada check in sebarang bagasi. Gate hanya ditutup sejam sebelum, bezanya 10 minit saja saya terlambat. Itu pun dia langsung tidak mahu membenarkan saya masuk? 

Ya Allah, sekali lagi saya meminta dengannya elok-elok tetapi dia tetap kata tidak boleh. Dia siap beritahu bahawa dia telah membantu beratus-ratus orang yang menaiki pesawat yang sama saya naiki ini. 

Saya memohon dia mendaftar masuk nama saya untuk memasuki pesawat tersebut kerana saya perlu balik ke kampung untuk berjumpa dengan anak saya yang bakal menjalani pembedahan. Malangnya dia yang tidak berhati perut tetap enggan membenarkan saya masuk. 

"Saya bukan tak mahu tolong, kalau boleh saya nak tolong angkat akak sekali sampai ke depan pintu pesawat itu," katanya.

Saya langsung tidak meminta untuk berbuat demikian, saya hanya meminta dia tolong check in untuk saya seada ada masa 50 minit saja lagi.

"Itu bukan masalah saya," katanya. 

Saya cuba merayu namun dia buat muka dan layan seperti... Ya Allah, hanya tuhan saja yang tahu. Dia siap menjerit-jerit pada saya lagi. Tindakan dia membuatkan saya terpaksa bersikap kurang ajar pada dia. 

Akhir sekali saya rakam gambar dia. Menyedari gambarnya dirakam, lalu dia memberikan amaran.

"Kalau muka saya viral di Facebook, saya akan saman awak!" 

Di mana silap saya? Saya takkan bersikap kurang ajar kalau dia tidak mulakan dulu. Kalau dia beri layanan yang baik kepada saya, perkara ini tidak akan berlaku dan saya juga tidak perlu merakam gambar dia. Tujuan saya buat begini juga untuk menyedarkan dia. 

Selepas insiden itu, saya pergi ke kaunter perkhidmatan untuk bertanya di mana pejabat pengurusan AirAsia untuk membuat aduan. 

Ajaibnya, dua kakitangan (lelaki) AirAsia melayan saya dengan penuh beradab dan berbudi bahasa. Mereka tanya penerbangan saya ke mana, jadi saya jawab ke Kota Kinabalu. Ya Allah, mujur mereka sudi membantu saya. Penerbangan lagi setengah jam akan berlepas. Alhamdulillah. 

Dalam rancangan Allah, saya dapat juga naik pesawat ke Kota Kinabalu. - Sheila | THEHYPEMEDIA.COM

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: 'Akak Lambat, Bukan Masalah Saya' - Staff AirAsia
'Akak Lambat, Bukan Masalah Saya' - Staff AirAsia
http://4.bp.blogspot.com/-au58uG-QbqE/VqA_RlkVTgI/AAAAAAAAwFk/KyTYC12s2HM/s1600/1.png
http://4.bp.blogspot.com/-au58uG-QbqE/VqA_RlkVTgI/AAAAAAAAwFk/KyTYC12s2HM/s72-c/1.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/01/akak-lambat-bukan-masalah-saya-staff.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/01/akak-lambat-bukan-masalah-saya-staff.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy