.

Aishah Aziz Dilabel Kafir Kerana Warnakan Rambut

SHARE:

Aisyah Aziz terkilan apabila dilabel sebagai kafir hanya kerana dia mewarnakan rambutnya. Foto Ihsan Instagram @aisyaah_aziz PETALING J...

Aisyah Aziz terkilan apabila dilabel sebagai kafir hanya kerana dia mewarnakan rambutnya. Foto Ihsan Instagram @aisyaah_aziz
PETALING JAYA: Penyanyi Aisyah Aziz terkilan apabila dilabel sebagai kafir oleh salah seorang pengikut laman sosial Instagram gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakannya mewarnakan rambut.
Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 22, berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku tambahan pula ia dilakukan secara terbuka dan berniat jahat.

"Pada saya tindakan individu berkenaan melabel saya sebagai kafir gara-gara warna rambut saya adalah perbuatan melampau dan siapa dia untuk berkata demikian?

"Kata-kata itu pula dibuat secara terbuka dan sekiranya saya hina dimatanya, apa bezanya dia dengan saya," katanya kepada mStar Online.
Aisyah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penerimaan peminat terhadap imej terbaharunya itu ketika ditemui di acara Anugerah Juara Lagu 30 (AJL 30) di Stadium Malawati Shah Alam di sini, Ahad lalu.

Dalam pada itu, Aisyah berkata, biarpun kata-kata negatif sesetengah pengikut laman sosial tidak memberi kesan kepadanya namun dia mengambil keputusan untuk membalas kata-kata individu berkenaan.

Kata Aisyah, dia perlu berbuat demikian kerana tuduhan dilempar terhadapnya berat selain ia melibatkan agama.

"Saya memberitahunya bahawa saya ada kenalan yang mempunyai tatu di badannya namun hatinya lebih mulia daripada dirinya.

"Pada saya perkara melibatkan agama jangan cakap begitu kerana ia tuduhan yang berat dan ada caranya jika hendak menegur sesuatu perkara," katanya.

Tambah Aisyah lagi, sejak menukar imej rambutnya dia banyak menerima mesej peribadi di Instagram daripada peminat yang menasihatinya dan dia menerima dengan baik.

"Saya bukannya tidak boleh terima nasihat tetapi biarlah dengan cara betul. Saya hormat dengan peminat yang mesej saya secara peribadi untuk nasihat dan saya terima malah membalas kembali," ujarnya.

Sementara itu, Aisyah berkata, selain komen negatif dia juga banyak menerima pandangan positif daripada peminat berhubung imej terbaharunya itu.

"Sebenarnya penerimaan peminat lebih banyak yang positif daripada negatif dan peminat hari ini lebih terbuka. Yang tidak suka itu cuma segelintir sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aisyah berkata, dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah single duet bersama abangnya, Aliff Aziz dan berharap ia akan terlaksana - mStar Online

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Aishah Aziz Dilabel Kafir Kerana Warnakan Rambut
Aishah Aziz Dilabel Kafir Kerana Warnakan Rambut
http://1.bp.blogspot.com/-P3oPU6shKmI/VqbfxIH5B3I/AAAAAAAARAE/8zYAsqb4dgI/s640/Aisyah%2BAziz.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-P3oPU6shKmI/VqbfxIH5B3I/AAAAAAAARAE/8zYAsqb4dgI/s72-c/Aisyah%2BAziz.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/01/aishah-aziz-dilabel-kafir-kerana.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/01/aishah-aziz-dilabel-kafir-kerana.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy