.

Adam AF, Fiza Elita sah bercerai kali kedua

SHARE:

KUALA LUMPUR: Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim mengesahkan dia bukan lagi isteri kepada bintang Akademi Fantasia (AF...

KUALA LUMPUR: Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim mengesahkan dia bukan lagi isteri kepada bintang Akademi Fantasia (AF), Adam.
Mendedahkan perkara itu kepada BH Online, Fiza berharap penjelasan itu dapat mengelak salah faham dan fitnah.
"Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri.
"Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi.
"Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula," katanya.
Fiza dan Adam bernikah pada September 2013 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.
Menyorot kisah perkahwinan pasangan ini, Adam dan Fiza pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk pada tahun sama. Namun, tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi.
Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.
Fiza berkata, dia sudah berusaha sebaik mungkin serta memberi peluang kepada Adam mempertahankan rumah tangga mereka. Namun, akui Fiza, hubungan mereka makin jauh dan hambar.
"Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semuanya dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk berpisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan.
"Malah, pada sambutan Aidilfitri lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah. Saya pula beraya dengan keluarga. Malah, tahun lalu, saya diuji dengan kehilangan bapa tercinta.
"Dugaan itu bagai datang bertimpa. Tapi saya kuatkan diri," katanya.
Solat istikharah mohon petunjuk
Fiza berkata, ketika terbabit dalam penggambaran drama Hello Mr Perfect, tahun lalu, ramai teman yang mengetahui kisah rumah tangganya, mempersoalkan sampai bila dia hendak hidup begitu.
"Saya buat solat istikharah dan minta petunjuk daripada Tuhan. Keputusan lebih condong kepada perpisahan," katanya yang enggan mendedahkan punca sebenar mereka bercerai.
Akui Fiza, pernah tahun lalu, mereka kembali tinggal sebumbung dengan harapan dapat menyelamatkan perkahwinan.
"Tetapi semakin dicuba, semakin jauh perasaan itu. Sekitar Ogos tahun lalu, kami sebumbung tetapi tinggal dalam bilik berbeza.
"Malah, hari jadi saya pada bulan Ogos lalu tidak diraikan," katanya yang sudah habis tempoh edah pada 31 Disember lalu.
Fiza berkata, dia akan terus berlakon untuk mencari rezeki.
"Saya harap rezeki murah dan bertambah kerana hidup mesti diteruskan," katanya.
Mengenai hubungannya dengan bekas suami pertama, Ahmed Farriq, Fiza berkata, dua anak menjadi penyatu mereka.
"Hubungan saya dengan bekas suami pertama dan keluarganya masih baik. Anak-anak menyatukan kami dalam hal ini," katanya.
Ketika berkahwin dengan Ahmed Farriq, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 8, dan Feeya Adyrra, 7.

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Adam AF, Fiza Elita sah bercerai kali kedua
Adam AF, Fiza Elita sah bercerai kali kedua
http://assets.bharian.com.my/images/articles/sahcerai.transformed.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2016/01/adam-af-fiza-elita-sah-bercerai-kali.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2016/01/adam-af-fiza-elita-sah-bercerai-kali.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy