.

Malaysia Tandatangan TTPA Februari 2016

SHARE:

Malaysia Tandatangan TTPA Februari 2016  adalah topik pilihan untuk dikongsi admin bagi hari ini. Isu TPPA memang hangat diperkatakan di...


Malaysia Tandatangan TTPA Februari 2016 adalah topik pilihan untuk dikongsi admin bagi hari ini. Isu TPPA memang hangat diperkatakan di negara kita sekarang. Untuk maklumat lanjut berkaitan TPPA anda boleh terus searh di internet apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan TPPA.

MANILA: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka dimeterai oleh 12 negara anggotanya pada awal Februari depan di New Zealand. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key dalam mesyuarat dua hala dengan beliau di sini. 

"Semasa mesyuarat kami pagi tadi, Key ada memaklumkan kepada saya ada kemungkinan perjanjian TPPA akan ditandatangani di New Zealand pada awal Februari tahun depan jika yang mana dalam konteks Malaysia, Parlimen memberikan persetujuan untuk kerajaan menandatanganinya," katanya pada sidang media di sini. Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat dengan 12 pemimpin negara anggota TPPA yang diadakan di sisi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) selepas itu, semua menyatakan komitmen untuk berusaha ke arah mendapatkan ratifikasi dan memeterai perjanjian itu supaya ia dapat dilaksanakan dan diraih manfaatnya. 

"TPPA akan memanfaatkan pengguna dan industri. Semua pemimpin bersetuju bahawa setiap negara anggota akan meraih manfaat daripada perjanjian itu," katanya. NAJIB bersama (dari kiri) Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe; Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto dan Perdana Menteri New Zealand, John Key bergambar kenangan di persidangan pemimpin TPPA sempena Sidang Kemuncak APEC di Manila, Filipina, hari ini.

Najib berkata, dalam mesyuarat TPP itu beliau menyatakan penghargaan kepada negara anggota TPPA lain yang telah bersedia memberikan fleksibiliti kepada Malaysia dalam isu-isu sensitif termasuk yang berkaitan agenda Bumiputera dan kontrak kerajaan. 

Dalam soal ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia sebenarnya membuat keputusan yang tepat untuk menyertai perkongsian itu pada peringkat awal iaitu semasa ia masih dalam perundingan berbanding negara yang menyertainya kemudian. "Minat yang ditunjukkan oleh lebih banyak negara untuk menyertai TPPA menunjukkan yang Malaysia melakukan perkara yang betul untuk menyertai rundingan dan menikmati kelebihan sebagai anggota awal," katanya.

SUMBER

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Malaysia Tandatangan TTPA Februari 2016
Malaysia Tandatangan TTPA Februari 2016
http://2.bp.blogspot.com/-2xEDnEC-10s/Vk0lxSvf8CI/AAAAAAAALpc/Up5gV7yVQ_o/s640/Malaysia%2BTandatangan%2BTTPA%2BFebruari%2B2016.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-2xEDnEC-10s/Vk0lxSvf8CI/AAAAAAAALpc/Up5gV7yVQ_o/s72-c/Malaysia%2BTandatangan%2BTTPA%2BFebruari%2B2016.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/11/malaysia-tandatangan-ttpa-februari-2016.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/11/malaysia-tandatangan-ttpa-februari-2016.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy