.

KANTOI SUDAH! Inilah wajah sebenar "Ustaz Kasanova" yang sedang dicari oleh pihak berkuasa, kahwin sampai 13 kali...dasyat betul manusia ini berlindung di sebalik agama Islam

SHARE:

Dengan menyamar seorang ustaz berkelulusan tahfiz al-Quran, Mohd Razis Ismail atau lebih dikenali 'Ustaz Kasanova' dipercayai m...


Dengan menyamar seorang ustaz berkelulusan tahfiz al-Quran, Mohd Razis Ismail atau lebih dikenali 'Ustaz Kasanova' dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, kini diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktokber lepas mengeluarkan waran tangkap ke atas lelaki itu yang gagal hadir bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.

"Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.

"Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek," katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi yang dilakukannya ialah membuat penampilan dan perwatakan sebagai seorang ustaz yang mahir ilmu al-Quran bagi mengaburi mangsa dan anggota keluarga mangsa.

"Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi," katanya.

Paimuzi berkata pihaknya menyeru orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan perwatakan ustaz yang ditonjolkan suspek yang mangsanya terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi.

Katanya seorang daripada isteri suspek dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan lima kali sebatan oleh Mahkamah Syariah di sini pada 8 Sept lalu selepas mengaku bersalah melakukan persetubuhan luar nikah daripada tahun 2012 hingga 2015 dan mempunyai dua orang anak hasil hubungan tidak sah bersama suspek.

Suspek sepatutnya hadir di mahkamah sama pada tarikh itu, tetapi gagal menghadirkan diri.

Beliau berkata daripada 13 orang isteri tertuduh yang dikesan oleh pihak Jawi hanya lima yang memberi kerjasama dengan pihak Jawi bagi membantu siasatan.

Paimuzi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tertuduh boleh menghubungi pegawai penyiasat Jawi, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771.

Sumber: Sinarharian

Lihat 11 lagi foto wajah kacak Ustaz Kasanova, boleh skodeng kat SINI.



COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: KANTOI SUDAH! Inilah wajah sebenar "Ustaz Kasanova" yang sedang dicari oleh pihak berkuasa, kahwin sampai 13 kali...dasyat betul manusia ini berlindung di sebalik agama Islam
KANTOI SUDAH! Inilah wajah sebenar "Ustaz Kasanova" yang sedang dicari oleh pihak berkuasa, kahwin sampai 13 kali...dasyat betul manusia ini berlindung di sebalik agama Islam
http://4.bp.blogspot.com/-pSKGEBaxZIU/Vk1NiQGczdI/AAAAAAAAD4A/1B8q55XnqUs/s640/ustaz.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-pSKGEBaxZIU/Vk1NiQGczdI/AAAAAAAAD4A/1B8q55XnqUs/s72-c/ustaz.jpg
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/11/kantoi-sudah-inilah-wajah-sebenar-ustaz.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/11/kantoi-sudah-inilah-wajah-sebenar-ustaz.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy