.

Ika Nabella Dedah Azma Tarik Rambut, Baling Botol Kepadanya

SHARE:

AKIBAT cedera ditumbuk seorang pengarah, pelakon Ika Nabella bertindak menarik diri daripada terus membintangi drama berjudul  Dawai Asma...



AKIBAT cedera ditumbuk seorang pengarah, pelakon Ika Nabella bertindak menarik diri daripada terus membintangi drama berjudul Dawai Asmara, setelah mendapat nasihat orang sekeliling.
Berkongsi cerita tentang insiden tersebut, Ika menerusi rancangan Melodimendedahkan, dirinya telah dibaling dengan botol dan rambutnya ditarik oleh pengarah tersebut iaitu Azma Aizal Yusoof.
“Second day shooting, tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab.
“Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi. Ini kali ketiga saya bekerja dengan pengarah itu. Saya tak pernah ada masalah dengan dia,” katanya.
Ika turut menyatakan Azma ada berjumpa dengannya ketika waktu rehat untuk menerangkan mengapa dia diperlakukan sebegitu.
“Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu.
“Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan. Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya hayati waktu tersebut dengan betul. Dia ada beritahu saya bahawa reaksi macam inilah yang dia mahukan setelah dipukul agar ia nampak lebih ‘real’,”jelas Ika.
Namun akibat insiden itu, Ika dikatakan mengalami kecederaan hingga mulutnya tidak dapat dibuka. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat olehnya dan kini kes tersebut sedang disiasat.
Sebelum ini, Azma yang pernah popular menerusi watak ‘Butang’ dalam dramaSindarela, mendakwa cerita mengenai perkara itu telah ditokok tambah namun enggan mendedahkan hal sebenar kerana menghormati siasatan pihak polis.


– MYNEWSHUB.CC

COMMENTS

Loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Ika Nabella Dedah Azma Tarik Rambut, Baling Botol Kepadanya
Ika Nabella Dedah Azma Tarik Rambut, Baling Botol Kepadanya
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/11/05/azma-aizal-yusoof/~/media/8add15134a274a7e87546545fbb7bc8e.ashx?la=en&h=495&w=659
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/11/ika-nabella-dedah-azma-tarik-rambut.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/11/ika-nabella-dedah-azma-tarik-rambut.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy