.

Gambar Sekitar Penemuan Rangka Manusia “Dedah Misteri Kehilangan Nur zalila”

SHARE:

Gambar Sekitar Penemuan Rangka Manusia "Dedah Misteri Kehilangan Nur zalila"| Penduduk Kampung Pak Keral di sini gempar apabila...

ioio
Gambar Sekitar Penemuan Rangka Manusia "Dedah Misteri Kehilangan Nur zalila"|Penduduk Kampung Pak Keral di sini gempar apabila menemui serpihan tulang dipercayai rangka manusia berhampiran dengan tali air di kampung tersebut.
Unit Forensik Polis kemudiannya ke lokasi penemuan itu bagi menjalankan siasatan selepas laporan dibuat oleh penduduk setempat.
Penduduk, Fauzi Abdullah, 40, berkata, pada mulanya penduduk menyangka ianya tulang binatang tetapi selepas mengamatinya, ia seperti rangka tangan manusia ditemui kira-kira jam 7 malam semalam.
"Ada kerja-kerja membersih tali air di sini sejak dua hari lepas. Masa jengkaut gali tali air ini, ada serpihan tulang terangkat naik atas tebing bersama rumput," katanya.
Menurutnya, paling mencurigakan apabila berdekatan tulang itu turut ditemui korset untuk melangsingkan badan yang sering dipakai oleh wanita.
Katanya, sejak semalam lagi orang ramai berpusu-pusu ke kawasan ini selepas tersebar penemuan rangka manusia di laman sosial.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, pihaknya masih mencari serpihan rangka yang lain dengan bantuan pasukan bomba.
"Kita tidak menolak ia berkemungkinan rangka manusia. Usaha mencari rangka itu masih giat dilakukan pagi," katanya.
Misteri kehilangan 
Nur Zalila terungkai
12249750_544442055723604_6437058273272750571_n
Penemuan dua rangka manusia di tali air Kampung Pak Keral, Tumpat, kelmarin mungkin merungkai misteri kehilangan kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikatakan dilarikan seorang tomboi, dua tahun lalu.
Mangsa, Nur Zalila Ibrahim, 10, dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Jelujok pada 27 Mei 2013 selepas keluar ke kedai runcit berhampiran rumahnya.
Kanak-kanak itu dikatakan 'dilarikan' oleh tomboi berkenaan dikenali sebagai Along, 23. Mereka berdua gagal dikesan sehingga ke hari ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan dua rangka yang ditemukan dalam tali air itu adalah mereka berdua yang hilang sejak lebih dua tahun lalu.
“Pasukan kita menemui dua tengkorak manusia dengan tulang yang berselerakan di tali air tersebut. Kita menyiasat sama ada rangka ini bersabit dengan laporan seorang kanak-kanak hilang pada Mei 2013 lalu.
“Kedua-duanya dilaporkan hilang semasa pergi ke kedai bersama sebuah motosikal (Honda EX5). Motosikal tersebut kita berjaya temui tetapi mereka berdua gagal dikesan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mazlan berkata, pihaknya masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti mangsa.
Kelmarin, penduduk kampung yang sedang melakukan kerja pembersihan tali air di Kampung Pak Keral di sini gempar selepas menemukan tulang berselerakan serta sepasang korset kira-kira pukul 7 petang.

Terlalu awal kaitkan Rangka itu adik saya (kakak mangsa)
nur zalila 3
Nurul Huda berkata, orang ramai kaitkan penemuan rangka itu adalah adiknya kerana motosikal yang dilarikan ditemui di dasar tali air selepas tersangkut pada jala ketika penduduk kampung menjala di situ.
Polis ada panggil saya untuk membuat pengecaman pada Ogos lalu di Balai Polis Pengkalan Kubor berhubung penemuan motosikal itu.
“Memang benar itu motosikal keluarga saya yang dilarikan,” katanya.
Nurul Huda berkata, sekarang ini bermacam-macam cerita tersebar mengenai penemuan rangka itu apabila ada yang mengatakan itu rangka tomboy dan ada juga yang kaitkan itu adalah rangka adiknya.
“Mungkin lokasi rangka dan motosikal ditemui berdekatan, hanya dipisahkan dengan pintu air sahaja, sebab tu tersebar berita macam itu,” katanya.
Bagi mengesahkan identiti rangka itu, Nurul memberitahu, darah ibunya, Rokiah Awang, 46 telah diambil untuk dilakukan ujian DNA di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Kami berdebar menunggu keputusan ujian DNA itu, bertahun kami tunggu kepulangan Nur Zalila, jika benar itu rangka adik saya, kami sekeluarga reda,” katanya.
Gambar sekitar penemuan rangka
nur zalila
11205069_544442032390273_4142361970856245767_n (1)
12241504_544442045723605_1724456604248677950_n
11988764_544442072390269_8459044659545778962_n
11205069_544442032390273_4142361970856245767_n

COMMENTS

loading...
Name

Agama Dunia Hartanah Hiburan Informasi Isu Semasa Jenayah Kantoi Keluarga Kesihatan Kisah Benar Lawak Ngeri Pelik Pertanian Politik Santai Seram Sukan Teknologi Tips & Petua Video Viral
false
ltr
item
BeritaHarian.Net: Gambar Sekitar Penemuan Rangka Manusia “Dedah Misteri Kehilangan Nur zalila”
Gambar Sekitar Penemuan Rangka Manusia “Dedah Misteri Kehilangan Nur zalila”
http://eberita.org/wp-content/uploads/2015/11/ioio.png
BeritaHarian.Net
http://www.berita-harian.net/2015/11/gambar-sekitar-penemuan-rangka-manusia.html
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/
http://www.berita-harian.net/2015/11/gambar-sekitar-penemuan-rangka-manusia.html
true
4646952093338796827
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy